Connect with us

Oh! Media

4 Hari Tiada Air, Penduduk Lembah Klang Diminta Simpan Air Secukupnya

simpan air

Trending

4 Hari Tiada Air, Penduduk Lembah Klang Diminta Simpan Air Secukupnya

Seperti yang kita tahu, situasi tiada air di Selangor memang kerap berlaku. Mulai esok, penduduk di 998 kawasan Lembah Klang diminta bersedia kerana akan ada gangguan bekalan air berlaku selama 4 hari.

ADVERTISEMENT

BACA: 58 Kawasan Akan Menghadapi Gangguan Air Selama Empat Hari Bermula Esok

Gangguan bekalan air ini menjejaskan beberapa kawasan seperti wilayah Petaling, Klang Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula jam 9 pagi esok.

Pulih pada 16 Oktober

simpan air

Menerusi laman Astro Awani, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ada memberitahu gangguan bekalan air berlaku disebabkan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air bermula jam 9 pagi, 13 Oktober dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 16 Oktober.

Pelaksanaan kerja-kerja ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar.

Simpan air secukupnya

Air Selangor memberitahu bahawa penduduk boleh mendapatkan senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual di laman hentitugas.airselangor.com.

Air Selangor juga mengingatkan buat penduduk yang terjejas untuk simpan air secukupnya dan menggunakan air dengan berhemah selama empat hari ini. Sebarang aduan dan pertanyaan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Semoga baik-baik sahaja buat penduduk di Lembah Klang. Pastikan air yang disimpan cukup untuk aktiviti harian okay?

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas