
Trending
4 Hari Ketuai Misi Mencari Mangsa Tanah Runtuh, Pengarah Bomba Selangor Diserang ‘Minor Stroke’
Oleh
Hari ini sudah pun masuk hari keempat bagi tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan yang terletak di Batang Kali.
BACA: Tragedi Tanah Runtuh: Warga Emas Kehilangan 4 Ahli Keluarga Sekaligus
Sepanjang empat hari ini, pasukan penyelamat masih lagi berusaha sedaya upaya untuk mencari sembilan lagi mangsa yang belum dijumpai.
Pengarah Bomba Selangor dimasukkan ke hospital
Terbaru, Jabatan Bomba Selangor memuat naik satu ciapan di Twitter memaklumkan bahawa Pengarah JBPM Negeri Selangor, Dato’ Haji Norazam Khamis dimasukkan ke hospital.
Isnin, 19 Disember 2022
— Bomba Selangor (@selangor_bomba) December 19, 2022
Dimaklumkan bahawa Dato’ Haji @NorazamKhamis Pengarah JBPM Negeri Selangor dimasukkan ke Hospital Selayang akibat keletihan & minor stroke pada jam 6 petang. Alhamdulillah Dato’ berada dalam terkawal & masih sedar diri. Semoga diberikan kesembuhan segera. pic.twitter.com/FjeahgNVch
Menerusi ciapan tersebut, Norazam disahkan mengalami kepenatan dan diserang ‘minor stroke’ dipercayai akibat terlalu penat ketika mengetuai misi menyelamat mencari mangsa tanah runtuh.
Dimaklumkan bahawa Dato’ Haji Norazam Khamis Pengarah JBPM Negeri Selangor dimasukkan ke Hospital Selayang akibat keletihan & minor stroke pada jam 6 petang.
Alhamdulillah Dato’ berada dalam terkawal & masih sedarkan diri. Semoga diberikan kesembuhan segera.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan agar Dato’ Norazam Khamis diberikan kesembuhan dan berterima kasih atas khidmat yang diberikannya.


Kredit: Twitter Bomba Selangor
