Connect with us

Oh! Media

32 Intipati Penting ‘Pakej Bantuan Khas’ Yang Perlu Anda Tahu

Trending

32 Intipati Penting ‘Pakej Bantuan Khas’ Yang Perlu Anda Tahu

Pengumuman pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata melegakan banyak hati yang resah terutamanya dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang semakin memuncak.

Permai boleh dibahagikan mengikut tiga teras utama iaitu memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan. Ini antara intipati yang perlu anda tahu tentang Permai:

1) Melaksanakan Program Vaksinasi Covid-19, sebanyak RM3 bilion telah diperuntukkan khusus bagi perolehan ini.

2) Menambah lebih daripada 3,500 anggota kesihatan yang mula bertugas pada hujung bulan ini, dengan peruntukan tambahan RM150 juta.

3) Pemberian one-off sebanyak RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, dan RM300 kepada petugas barisan hadapan yang lain akan mula dibayar dalam suku pertama tahun ini.

4) Bayaran bulanan sedia ada yang diterima sebanyak RM600 oleh petugas barisan hadapan kesihatan dan RM200 oleh petugas barisan hadapan yang lain akan tetap diteruskan sehingga wabak berakhir.

3) RM100 juta bagi hospital swasta yang bersetuju untuk menerima dan merawat kedua-dua pesakit Covid-19 dan juga bukan Covid-19 bagi meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam.

4) PERKESO turut terlibat dalam pelaksanaan Program Ujian Saringan Covid-19 ke atas pekerja asing yang berdaftar. Kos saringan akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO di zon-zon merah.

5) Skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh yang telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 seperti diumumkan pada Belanjawan 2021, kini diperluaskan untuk meliputi bayaran ujian pengesanan Covid-19.

6) Bantuan Prihatin Nasional, atau BPN 2.0 akan dipercepatkan bayarannya, iaitu mulai 21 Januari.

7) Meningkatkan kadar bantuan kebajikan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkuat kuasa mulai bulan Januari 2021.

8) JKM juga akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

9) RM25 juta di bawah program GLIC/GLC Disaster Relief Network sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan Kerajaan bagi inisiatif sosial.

10) Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman diteruskan.

11) Kemudahan i-Sinar telah dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan.

12) Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit dan laptop dilanjutkan.

13) Pemberian data 1 Gigabit secara percuma diberi kepada orang ramai sehingga hujung April 2021.

14) Pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

15) Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap sehingga 31 Disember 2020.

16) Moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan. Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021.

17) Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, di mana semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon, tanpa mengambil kira sektor.

18) Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh pelaksanaan PKP, kerajaan bersetuju untuk melonggarkan syarat permohonan bagi program Sistem Insurans Pekerjaan atau SIP PRIHATIN.

19) RM24 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi membiayai caruman penuh delivery riders di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.

20) Geran Khas Prihatin Tambahan, atau GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.

21) Bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 kepada 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing dengan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.

22) Pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun.

23) Mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikrokredit untuk PKS.

24) Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro dan kempen Shop Malaysia Online dengan jumlah peruntukan RM300 juta.

25) Kerajaan telah mengumumkan Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin, atau SJPD yang berjumlah RM50 bilion, bagi menyokong sektor swasta untuk terus berkembang dan merancakkan ekonomi negara.

26) Menjadual semula dan melanjutkan tempoh moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA.

27) Kerajaan telah memberi potongan cukai khas kepada syarikat yang memberi pengurangan sewa premis perniagaan sekurang-kurangnya 30 peratus mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

28) Diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara.

29) Rebat elektrik diberikan kepada semua pengguna TNB, domestik dan bukan domestik, pada kadar 2 sen setiap kilowatt per jam, iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9 peratus bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

30) Memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi.

31) Menambahbaik Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Covid-19 2020.

32) Melanjutkan tempoh kuat kuasa ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual kepada 31 Mac 2021.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

To Top