Connect with us

Oh! Media

3 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Diselamatkan Sepasukan Polis

Trending

3 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Diselamatkan Sepasukan Polis

Dalam serbuan Ops Noda di sebuah premis kecantikan di Jalan Air Hitam, Batu 21, Kulai semalam, tiga remaja perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur berjaya diselamatkan.

ADVERTISEMENT

BACA : Gangguan Seksual: Punggung Wanita Ditepuk Dari Belakang Ketika Joging

Menurut laporan Harian Metro, remaja yang diselamatkan itu adalah warga tempatan yang berusia antara 13 hingga 15 tahun dan ianya dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow.

Serbuan telah dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai selepas maklumat diperoleh.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun disyaki terbabit dalam kegiatan persundalan/pelacuran.

Katanya juga, seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencing dibuat.Kesemua suspek dibawa ke IPD Kulai dan direman 4 hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan Seksyen 373(1)(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas