Connect with us

Oh! Media

2 Tahun Syawal ‘Hilang’, Sakan Rakyat Malaysia Raikan Raya, Siap Ada Kejutan Pula Tu!

DARLIE

Trending

2 Tahun Syawal ‘Hilang’, Sakan Rakyat Malaysia Raikan Raya, Siap Ada Kejutan Pula Tu!

Macam mana raya korang tahun ni? Meriah tak? Selepas 2 tahun Syawal diraikan dengan sederhana. Tahun ni nampaknya masing-masing all out betul. Tengok jelah keadaan jalan raya, sana sini sesak.

ADVERTISEMENT

Tapi paling tak akan dilupakan semestinya raya terkejut yang diraikan awal sehari daripada jangkaan kerana penampakan anak bulan. Memang kalutlah!

Dalam kita gembira meraikan Syawal, Darlie Malaysia mengambil peluang ini untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui projek #SemangatTogether yang diinspirasi untuk setiap dari rakyat Malaysia berusaha bersama bagi masa depan yang lebih cerah serta dipenuhi dengan harapan.

#SemangatTogether inspirasi untuk rakyat Malaysia

Kempen 4 episod ini adalah terdiri dari 4 tonggak budaya tempatan yang menjadi penyatuan terpenting melalui muzik, seni, makanan serta pelancongan. 

Dengan tajuk ‘Semangat Hari Raya’, bahagian pertama kempen ini merupakan sebuah filem muzikal  pendek yang menyerlahkan semangat rakyat Malaysia serta menyemarakkan semangat untuk  meraikan Aidilfitri bersama, setelah terhalang selama 2 tahun.

Kolaborasi bersama dua pemuzik tempatan Reza Salleh serta MuZza, Semangat Hari Raya mendokumentasikan  pengembaraan mereka menghasilkan lagu Raya yang dilengkapi dengan komponen terpenting- suara rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang.  

Kreatif raikan lebaran bersama Darlie

Selain dari penerbitan filem, Darlie Malaysia juga mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi  keseronokan meraikan Aidilfitri, menerusi idea kreatif menggunakan kotak ubat giginya. Sepanjang kempen Semangat Hari Raya ini berlangsung dengan setiap pembelian ubat gigi Pek Bonus Double Action, korang boleh men “DIY” kan kotak tersebut menjadi pembesar suara. Cool weyh!

Bukan setakat jenama ubat gigi, Darlie juga ingin dikenali sebagai satu jenama yang mampu mencetuskan inspirasi untuk  menyatukan masyarakat.

Semangat Hari Raya telah dilancarkan pada 15 April 2022. Dalam masa yang singkat sahaja, filem tersebut telah mendapat lebih 600,000 tontonan.  

Semangat Hari Raya akan diikuti oleh episod kedua dari kempen #SemangatTogether – “The Art of  Semangat” – yang menyaksikan Darlie bekerjasama dengan 2 artis dari Malaysia Timur dalam  menghasilkan karya seni yang bakal menceritakan akan kisah #SemangatTogether dari pandangan rakyat Sarawak dan Sabah.

Episod 3 dan 4 akan kempen #SemangatTogether pula dijadualkan untuk menemui penonton pada  bulan Julai dan November 2022. Korang boleh saksikannya di YouTube Darlie Malaysia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas