Connect with us

Oh! Media

Suspek curi emas kieda crepe

Trending

2 Lelaki Dan 2 Wanita Jadi Suspek Curi Emas Kieda Crepe, Dah Jual Sebanyak RM40k?

Sebelum ini Kieda Crepe memberitahu yang rumahnya telah dipecah masuk perompak menyebabkan peti besi mengandungi emas bernilai RM800,000 lesap selepas 40 hari kejadian itu berlaku.

BACARumah Kieda Crepe Kena Pecah Masuk, Peti Besi Mengandungi Emas RM800k Lesap!

IKLAN

Terkini! Menurut laporan Sinar Harian, empat individu dimana dua lelaki dan dua perempuan telah direman selama enam hari bagi membangu siasatan mengenai kejadian itu.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 27 tahun itu ditahan di Jalan Duta pagi tadi dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman.

Ketika ditahan, kita hanya berjaya merampas barangan kemas bernilai RM40,000 yang mana, kita percaya, suspek telah menjual sebahagian barangan kemas yang telah dicuri.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan terhadap empat suspek berkenaan. Mereka akan direman enam hari untuk membantu siasatan.

Kesemua suspek juga masih belum dikenal pastu apakah hubungan sebenar antara mereka sama ada pasangan kekasih atau suami isteri.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas