Connect with us

Oh! Media

2 Kanak-Kanak Berbuih Mulut Dan Meninggal Selepas Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah

keracunan

Trending

2 Kanak-Kanak Berbuih Mulut Dan Meninggal Selepas Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah

Sedih rasa hati ni bila ada antara kita yang kurang bernasib baik sehingga terpaksa makan sisa sampah untuk alas perut. Mungkin ada yang pernah tengok keadaan ini dan ia sudah tentu amat menyedihkan.

ADVERTISEMENT

Itulah apa yang terjadi kepada dua beradik warga Myanmar yang kelaparan dan makan sisa sampah tetapi tidak bernasib baik kerana dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan.

Kejadian ini berlaku di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi dan dua beradik ni dikatakan telah memakan sisa makanan dari tong sampah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari mengesahkan perkara itu yang melibatkan kanak-kanak bernama Nizambudin Jamaludin, 4 tahun dan Ngei, 2 tahun.

Masih tidak punya rumah dan menumpang di rumah jiran

Siasatan awal mendapati, pada 5.30 petang bapa mangsa yang berumur 36 tahun ternampak dua anaknya berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat kedua-dua mangsa ke rumah jiran berdekatan.

Bapa mangsa mendapati mulut kedua-dua anaknya berbuih dan selang beberapa minit kemudian anaknya sudah tidak bernafas.

Kini, jenazah kanak-kanak terbabit telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk proses bedah siasat. Salam takziah buat keluarga mangsa dan berehatlah wahai adik di syurga Allah.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas