Connect with us

Oh! Media

15 Minit Hadapi Detik Cemas, Anggota Bomba Dilaporkan Lemas Di Sungai Putat

Ohmedia bomba lemas

Trending

15 Minit Hadapi Detik Cemas, Anggota Bomba Dilaporkan Lemas Di Sungai Putat

Sejak awal pagi tadi (20 Oktober 2021) berlaku hujan lebat di seluruh negara sehingga menyebabkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan. Bagaimanapun, sebentar tadi tersebar video menunjukkan seorang anggota bomba nyaris lemas ketika sedang cuba menyelamatkan mangsa banjir.

Kejadian itu berlaku di Kampung Sungai Putat, Melaka pada jam 4 petang tadi. Berdasarkan laporan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka itu berjaya diselamatkan oleh rakan sepasukan. Mangsa sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka dan dimaklumkan masih belum sedarkan diri.

Orang dalam rumah tu menjerit, mungkin selepas dia terkejut melihat anggota bomba berkenaan lemas dalam arus deras banjir. Kira-kira 20 orang turun cuba selamatkan mangsa termasuklah anggota bomba lain seramai tujuh hingga lapan orang. – Kata saksi, Md Yusof Hitam.

@ohmedia

Banjir Di Ayer Keroh Akibat Hujan Lebat Dari Pagi ##ohmedia ##banjir ##melaka ##beritaditiktok ##fyp

♬ Setanggi Syurga – In Team

Video Tiktok

IKLAN

Situasi cemas itu berlaku dalam tempoh masa yang sangat cepat dan anggota terbabit berjaya diselamatkan dalam masa 15 minit.

Kredit: Kosmo Online

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas