Oh! Travel
Tempat ‘Healing’ Paling Tenang Di Tepi Laut, Ini Sebab Anda Perlu Menginap Di Hyatt Regency Kuantan
Resort mewah bertaraf lima bintang di Kuantan, wajib repeat!
Nak bercuti tapi tak nak travel jauh sangat? Atau korang jenis yang suka tempat tenang, menghadap laut dengan suasana yang damai dan pemandangan menenangkan jiwa?
Kalau ya, Ohmedia cadangkan satu lokasi yang memang kena sangat dengan jiwa yang tengah penat nak ‘healing’.
Tak lain tak bukan di Hyatt Regency Kuantan Resort, yang terletak di tepi pantai popular Teluk Cempedak, Pahang.
Lokasi ini terletak kira-kira 3 jam je daripada pusat bandar Kuala Lumpur. Tak adalah jauh sangat untuk kepuasan yang bakal korang nikmati di sini.
Resort tepi laut yang bawa aura tenang

Hyatt Regency Kuantan ni memang terkenal dengan pemandangan yang luar biasa cantik sebab lokasinya betul-betul menghadap Laut China Selatan.
Bayangkan, baru je sampai lobi dah boleh dengar bunyi ombak dan rasa angin laut yang lembut menyapa muka.
Hotel mewah ni ada lebih 300 bilik termasuk 12 suite mewah dan 19 bilik mesra keluarga yang luas dan moden, lengkap dengan balkoni menghadap laut.
Macam-macam aktiviti santai dengan suasana alam
Masuk je bilik, rasa teruja lain macam! Mana taknya, biliknya sangat bersih, wangi, selesa dan view dia memang susah nak move on.

Kalau jenis tak boleh duduk diam, sini memang banyak benda boleh buat. Ada dua kolam renang besar yang menghadap laut, tennis dan padel court, playground untuk anak-anak dan yang paling menarik bar berbentuk kapal besar di tepi pantai yang memang Instagram-worthy habis.

Bagi yang nak lepaskan stres, bolehlah singgah ke Bayou Spa yang disediakan di resort ini. Urutan tepi pantai sambil dengar deruan ombak tu memang pengalaman yang susah nak dapat di tempat lain. Terus hilang lenguh-lenguh di bahu ni tau.
Ada lima pilihan restoran yang super lazat!
Bila masuk waktu makan, Hyatt Regency Kuantan memang tak pernah mengecewakan. Ada lima restoran utama yang semuanya ada daya tarikan tersendiri.
Korang boleh pilih sama ada nak makan di Coals on the Beach, restoran Kampung, restoran Italian Bistro, Chukka’s atau The Deli.
Untuk percutian kali ini, Ohmedia pilih untuk makan di Restoran Kampung – tempat makan dengan suasana tenang dan hidangan yang premium.

Ohmedia cuba set talam yang lengkap dengan kira-kira 5 lauk utama, nasi putih dan pencuci mulut. Tengoklah tu, penuh satu meja tau.
Rasanya tak payah cakaplah, sangat sedap dengan suasana senja di tepi pantai yang sangat cantik.
Sarapan pagi di hotel mewah, rasa macam hidup dalam postkad
Bila bangun pagi esoknya, terus disambut pemandangan matahari terbit yang memukau dari dalam bilik. Masa tu baru rasa, “Ya Allah, nikmatnya hidup kalau tenang macam ni setiap hari.” Ceeewah!

Lepas bersiap, Ohmedia turun ke Restoran Kampung untuk sarapan. Dari jauh dah boleh bau aroma kopi dan roti bakar.
Pilihan makanan dia memang pelbagai dari nasi lemak, nasi dagang, bihun goreng, roti hingga ke pastri dan salad segar.
Dan paling best, sambil makan tu boleh tengok laut membiru, macam sarapan di dalam lukisan.
Tak pelik kalau ramai yang sanggup duduk lama, sekadar nak nikmati suasana dan hirup udara pagi yang menenangkan.
Jadi, kepada sesiapa yang nak menikmati penginapan di sini, bolehlah layari laman web Hyatt Regency Kuantan Resort untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bilik.
Nak lagi best? Korang boleh daftar jadi ahli World of Hyatt secara percuma dan nikmati diskaun 20% untuk tempahan!
Daftar terus di sini:
World of Hyatt Membership – Daftar Percuma
Dah jadi ahli, boleh terus rancang trip healing korang seterusnya di Hyatt Regency Kuantan. Percaya cakap Ohmedia, sekali datang sini mesti rasa nak repeat!
Pssttt! Kadang-kadang kita tak perlu pun pergi jauh untuk rasa damai. Hyatt Regency Kuantan cukup untuk buat kita berhenti sekejap, tenangkan diri dan hargai hidup yang kita ada. Dari bilik menghadap laut, makanan sedap sampai layanan yang mesra, semuanya cukup buat kita rasa “this is life.”
Kredit: Hyatt Regency Kuantan Resort
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM