Connect with us

Oh! Media

Sukakan ‘Nature’? Ini 5 Lokasi Menarik Di Danau Toba, Indonesia

Oh! Travel

Sukakan ‘Nature’? Ini 5 Lokasi Menarik Di Danau Toba, Indonesia

Danau Toba merupakan kawasan tersembunyi di pedalaman Sumatera Utara dengan kehijauan dan perairan biru yang indah.

ADVERTISEMENT

Kini menjadi destinasi yang popular bagi pelancong dan terletak hanya empat jam dari Medan Tengah. Tasik purba ini juga amat sesuai bagi pelancong yang merupakan pencinta alam. Jom kami kongsikan 5 tempat menarik di Danau Toba buat anda.

Taman Sapo Juma Togging

Ini adalah tempat yang menarik dan sesuai untuk korang yang suka mengambil gambar atau ‘ootd’ mahupun berkelah. Taman ini indah dengan memaparkan pelbagai jenis keindahan bunga dengan pelbagai warna yang boleh meningkatkan mood ketika anda bercuti. Korang disarankan datang sini pada musim bunga kalau nak tengok pemandangan yang menarik.

Air Terjun Sipiso-Piso

Kalau korang seorang yang gemar hiking, jangan ketinggalan untuk mendaki di sini sebab katanya air terjun sini cantik. Merupakan air terjun tertinggi di tepi Danau Toba dengan ketinggian 120 meter. Bukan tu je, lokasi yang menakjubkan ni dibentangkan oleh kehijauan flora yang indah.

Ni antara tempat yang popular buat para pelancong sebab tak nak lepaskan peluang lawati Air Terjun Sipiso-Piso kalau dah di Danau Toba.

Kolam Air Panas Sipoholon

Airnya berwarna biru-kehijauan dan dipanggil sebagai “kolam air soda” kerana kandungan sulphurus dan bukit batu kapur di sekitar kawasan itu yang berwarna oren, kuning dan hijau pastu membuatkan anda tertarik untuk melawat kerana pemandangannya sangat indah.

Anda perlu membawa pakaian renang jika berminat nak mandi. Kalau lapar lepas mandi, boleh mencuba masakan tempatan yang lazat di restoran yang terletak di utara Tapanuli.

Bukit Holbung

Kalau korang suka berkhemah, Bukit Holbung atau dikenali juga Bukit Telletubies merupakan tempat terbaik di Danau Toba. Sebab dekat sini pemandangan dia sangat cantik . Sambil berkhemah korang juga boleh menikmati panorama ‘sunset’ yang indah sebab ini salah satu kawasan yang dikunjungi oleh orang ramai.

Kapal Persiaran Danau Toba

Dah kalau melawat tasik Danau Toba, mestilah tak lepaskan peluang meneroka perairan dia kan? Korang boleh menaiki kapal persiaran di sini untuk bersiar-siar di sepanjang tasik dan menikmati keindahan sekitar Danau Toba.

Kapal ini adalah milik Raja Samosi, yang merupakan lagenda dan telah diubah suai untuk tarikan pengunjung. Kapal ni memuatkan 20 orang sahaja dan kalau nak naik kena cepat-cepat sebab tempat duduk terhad.

Fuh! Menarik la ye kalau melancong ke Danau Toba, Indonesia ni. Jadi siapa yang minat nak merasakan suasana ‘nature’ tu boleh la ke sini.

Kredit: ammboi.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas