Connect with us

Oh! Media

Seperti Alam Fantasi, Ini 3 Destinasi Jepun Patut Ada Dalam Bucket List Untuk Travel Pada Musim Sejuk

travel Jepun musim sejuk

Oh! Travel

Seperti Alam Fantasi, Ini 3 Destinasi Jepun Patut Ada Dalam Bucket List Untuk Travel Pada Musim Sejuk

Salah satu sebab kenapa kita nak melancong ke luar negara adalah untuk merasai sendiri pengalaman berada di musim yang berbeza.

ADVERTISEMENT

Memandangkan tak lama saja lagi nak masuk musim sejuk, jom kami kongsi 3 destinasi wajib pergi apabila landing di Jepun untuk pemandangan seperti di alam fantasi serta pengalaman yang mengasyikkan!

1. Ginzan Onsen (Yamagata)

Kredit: GaijinPot Travel

Bila masuk musim sejuk ni, antara tempat yang orang ramai akan pergi mestilah kolam air panas betul tak? Tapi, kolam air panas mana yang best? 

Haa, kalau korang melancong ke Yamagata, kolam air panas yang paling best dan menjadi perhatian ramai pelancong adalah di Ginzen Onsen sebab ia terletak di kawasan pergunungan dalam di Wilayah Yamagata. Jadi, view di sana confirm LAWA!

Menariknya, kolam air panas ini bukan saja mempunyai air yang jernih, malah ia juga mempunyai bau hidrogen sulfida yang memberi pelbagai manfaat untuk kesihatan. 

Paling best, korang akan terasa seolah-olah seperti berada di dalam anime sebab Ginzan Onsen masih lagi mengekalkan bangunan bersejarah serta rumah penginapan sejak zaman Taisho lagi.

2. Shirakawago dan Gokayama (Gifu)

Kredit: Japan Cheapo

Kalau korang nak tahu macam mana rasa kehidupan di kampung yang terletak di kawasan pergunungan, Shirakawago dan Gokayama adalah destinasi yang tepat! 

Untuk pengetahuan, perkampungan bersejarah Shirakawago dan Gokayama adalah salah satu tapak warisan dunia UNESCO Jepun, terdiri daripada tiga perkampungan gunung bersejarah yang terletak di lembah sungai Shogawa terpencil di sempadan Gifu dan Toyama. 

Kampung-kampung ini mempunyai taman negara tersendiri seperti Taman Negara Hakusan dan Taman Alam Prefektur Amo yang mana alam semula jadi masih dikekalkan selama bertahun-tahun. 

Menariknya, disebabkan ia terletak di kawasan tengah pergunungan Jepun, seni bina rumah ladang yang berusia hampir 250 tahun di perkampungan itu dibina khas untuk melindungi daripada salji pada musim sejuk tau. Sebab itulah semua bumbung di sana curam dan memanjang!

3. Kinkakuji (Kyoto)

Kredit: Japan Travel

Siapa dekat sini baru pertama kali nak merasa keindahan salji, korang boleh datang ke Kinkakuji yang terletak di Kyoto. 

Menariknya, kuil Buddha Kinkakuji ini mempunyai struktur utama iaitu Gold Pavilion yang mana kebanyakan bahagian luar kuil ditutup dengan daun emas berkilat, menjadikan ia salah sebuah kuil yang rare di Jepun. 

Jadi, bila tiba musim salji, korang akan nampak pemandangan yang sangat lawa sebab ia menonjolkan lagi keemasan kuil yang dikelilingi dengan keputihan salji. 

Selain itu, Kinkakuji ini juga mempunyai taman tradisional Jepun yang sangat cantik serta sebuah kolam yang dipanggil Kyoko-Chi yang membolehkan korang untuk bersiar-siar dan mengambil gambar kuil dari arah yang berbeza. 

Haa, lagi beberapa bulan nak masuk musim sejuk ni, apa kata korang masukkan siap-siap tempat ini dalam bucket list korang!
Kredit: Japan Wonder Travel Blog, Live Japan Perfect Guide, The Travel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas