Connect with us

Oh! Media

Oh! Travel

Jepun Tawar Pelancong Pengalaman Hidup Seperti Pelajar Sekolah Di Dalam ‘Anime’

Budaya manga dan anime Jepun semakin hari, semakin popular di seluruh dunia. Kalau kita tengok anime, banyak budaya sekolah di negara itu juga dimasukkan ke dalam siri tersebut.

Dengan pakaian seragam “sailor” yang ikonik, aktiviti kelab yang meriah serta semangat kerjasama pelajar yang tinggi. Akhirnya, pengaruh daripada siri tersebut telah memikat hati pelancong untuk menyelami sendiri pengalaman unik itu.

IKLAN

Ini masanya untuk ‘otaku’ realisasikan impian mereka

Kredit foto: Mainichi News

Berdasarkan laporan daripada Mainichi News, sebuah syarikat di Jepun, Undokaiya, kini telah menawarkan pakej ‘one-day student’ khas untuk pelancong asing bagi merasai sendiri pengalaman sebagai seorang pelajar sekolah di negara itu. Pelancong yang berminat menyertai program ini, mereka hanya perlu membayar 30,000 yen (RM870) sahaja.

Yuran ini telah termasuk sekali dengan sewaan pakaian sekolah (cosplay), makan tengahari, aktiviti sukan dan cenderamata.

Kredit foto: Mainichi News

Program ini juga dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Jadi korang tak perlu risau kalau tak pandai cakap Jepun okay.

Kredit foto: Mainichi News

Bakal rasai pengalaman sama seperti dalam manga dan anime

Kredit foto: Mainichi News

Dari kelas kaligrafi Jepun, makan tengahari hingga latihan kecemasan menghadapi bencana, jadual program ini telah diperincikan sama seperti sekolah sebenar dan adaptasi harian seorang pelajar dari siri manga dan anime.

Kredit foto: Mainichi News

Peserta program ini juga berpeluang mencuba pakaian tradisional Jepun, sertai latihan samurai atau membuat aktiviti sukan di kelas gimnasium. Para guru di program ini juga akan bertindak sama, seperti karakter guru di dalam siri tersebut.

Kredit foto: Mainichi News
Kredit foto: Mainichi News

Fahami tradisi pendidikan Jepun

Kredit foto: Mainichi News

Sebelum mengakhiri sesi persekolahan, peserta program akan turut serta dalam sesi pembersihan kelas yang merupakan tradisi penting dalam sistem pendidikan Jepun.

Sesi ini bukan sahaja mengajar kemahiran membersihkan, tetapi juga memupuk semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab.

Kredit foto: Mainichi News

Sebagai penutup hari persekolahan, peserta akan menerima sijil graduasi sebagai kenangan manis pengalaman mereka di sini.

#OhmediaNasihat

Sebenarnya orang Jepun ni sangat kreatif. Program macam ini bukan sahaja memperkenalkan budaya pendidikan Jepun tetapi membantu meningkatkan pendapatan sektor pelancongan mereka.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Mainichi News


Lagi dalam kategori Oh! Travel

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas