Connect with us

Oh! Media

Pengalaman Bulan Madu 4 Hari 3 Malam di Langkawi. Ini 4 Sebab Utama PARKROYAL Jadi Hotel Pilihan Kami

Main Pool 01

Oh! Travel

Pengalaman Bulan Madu 4 Hari 3 Malam di Langkawi. Ini 4 Sebab Utama PARKROYAL Jadi Hotel Pilihan Kami

Time berbulan madu, perkara pertama yang diimpikan semestinya privasi dan ketenangan. Mana tidaknya, selepas penat majlis, inilah waktu nak bersendirian dan sweet-sweet dengan pasangan.

Kami pilih Langkawi sebagai lokasi bulan madu sebab tempatnya yang tenang serta pantainya yang cantik. Untuk penginapan pula kami pilih PARKROYAL sebab tengok banyak influencer buat content kat sini dan baca review semua tiptop.

Memang tak menyesal!!

IKLAN

4 Hari 3 Malam Bulan Madu Di PARKROYAL, Langkawi. TERBAIK!!! 

Penginapan di villa 2 bilik

Image 12
Image 22

Memandangkan badan dah penat jadi kami pun pilih Villa 2 bilik yang ditawarkan di PARKROYAL. Saja je pilih penginapan besar sebab nak lebih selesa. Kami rasa kalau korang ada famili yang ada anak kecil boleh pilih Villa kalau nak menginap di PARKROYAL.

Image 20

Masuk-masuk je villa, kami dah terpegun dengan dekorasinya yang mewah. Lepas tu biliknya juga luas siap ada ruang makan dan ruang tamu lagi tau.

Image 17

Tapi paling best semestinya sebab villa ni ada kolam renang peribadi yang tak perlu share dengan pengunjung lain. Bila-bila masa je boleh terjun dalam pool. Kalau mandi time senja tu, boleh feeling-feeling sambil tengok sunset sebab pemandangannya sangat indah macam lukisan.

Untuk pengetahuan, daripada mana-mana kawasan di PARKROYAL Hotel & Resort ni, korang boleh melihat matahari terbenam ditemani bunyi Laut Andaman yang menenangkan.

Disebabkan villa ni terletak agak dalam, korang tak perlu risau nak kena jalan jauh sebab ada perkhidmatan butler yang disediakan. So bolehlah acah-acah macam VIP, ada orang jemput dan hantar sampai depan pintu.

Makanan laut yang segar. Nyum..Nyum… 

Bila tempat dah vibes, kalau makan biasa-biasa pun tak best kan? Kat PARKROYAL, Langkawi korang tak perlu risau. 

Image 15

Makanan kat sini pula sedap dan kena dengan selera kami. Sarapan pagi macam biasa ada bufet yang menawarkan makanan tempatan dan kontinental. Bagi kami teh tarik dia sedap, korang kena cuba.

Image 19

Setiap Jumaat dan Sabtu pula ada “Sizzle by the Shore”, siapa hantu seafood macam kami confirm akan tersandar kekenyangan.

Image 10

Cakap je korang nak makan apa, kepah, udang, ketam dan segala makanan laut ada. IKAN PARI PUN ADA!

Seafood dia segar-segar pula tu.

Part paling best, boleh makan sambil menghadap bayu laut dan menikmati matahari terbenam. Pergh romantik sangat, rasa macam dunia kita yang punya waktu tu.

Manjakan diri di Suasana Spa

Image 11

Bila honeymoon ni nak juga rasa dimanjakan. So, sehari sebelum balik kami sempat singgah di Suasana Spa. Spa ni best sebab berkonsepkan tradisional Malaysia.

Image 13

Melangkah masuk, kami disambut dengan senyuman yang mesra pekerja di situ. Kemudian, kami disuruh pilih diantara 3 jenis minyak untuk urutan dan kami tentulah memilih Recovery, bagi menghilangkan lesu-lesu badan.

Lebih kurang sejam selepas berurut kami rasa macam dapat badan baru. Ringan je rasa tau. Memang puas hati!

Kemudahan lain @ PARKROYAL Langkawi 

Image 18

Nak habiskan waktu di sini, kami sempat explore kemudahan yang ditawarkan di PARKROYAL, Langkawi. Apapun kolam renang dekat sini memang winner, bayangkan sambil berenang bagai duyung korang boleh menikmati pemandangan laut yang pernah.

Image 10

Kalau rasa nak private sikit boleh ke Skypool, tapi tempat ni tak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun atas faktor keselamatan.

Lepas tu nak santai-santai tengok laut korang boleh relaks dekat Ocean View Lounge. Famili yang ada anak kecil pun boleh enjoy sebab ada Kid’s Club dan Jungle Camp playground untuk kanak-kanak. 

Image 16
Image 21
Image 14

Bulan madu kami di PARKROYAL, Langkawi sememangnya satu pengalaman indah yang kami tak akan lupakan sampai bila-bila. Bukan saja orangnya yang baik, malah layanannya juga sangat menyejukkan hati.

Sebelum kami lupa, area PARKROYAL, Langkawi ni berdekatan dengan tempat tarikan tau. Ada Pantai Cenang, Pantai Tengah dan Langkawi Sky Bridge.

Pada sesiapa yang tengah survey tempah bercuti, kami suggest sangat menginap di PARKROYAL, Langkawi. 

Sebelum balik, korang jangan lupa singgah beli buah tangan sebab Langkawi kan kawasan bebas cukai. Semua murah-murah!

Untuk menempah penginapan korang di PARKROYAL Langkawi, korang layari Pan Pacific untuk maklumat lanjut!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas