Connect with us

Oh! Media

YouTuber Drama Pendek Terkenal Didakwa Mencabul & Direman 2 Hari

Trending

YouTuber Drama Pendek Terkenal Didakwa Mencabul & Direman 2 Hari

Berikutan kes terbaru melibatkan YouTuber terkenal yang didakwa cuba untuk mencabut seorang wanita, suspek telah direman selama dua hari untuk siasatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Youtuber Disyaki Peluk, Cium & Raba Pelakon Drama Sendiri Selepas Penggambaran

Perintah reman ini dikeluarkan oleh Majistret Kamarul Hasyime Rosli dan suspek berusia 22 tahun itu telah tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu seawal jam 10.35 pagi tadi.

YouTuber dan pengarah drama pendek itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Berita ini menjadi hangat bila mangsa telah membuat satu laporan polis. Mungkin ada yang mempersoal mengapa mangsa hanya membuat laporan polis sekarang, sedangkan kejadian berlaku pada 2 Ogos lalu ketika baru selesai penggambaran.

Perlu diingat yang pada waktu ini ramai wanita yang sudah mula berani tampil kehadapan dan membuat laporan polis selepas apa yang berlaku kepada pendakwah selebriti. Jadi, tak mustahil lebih ramai lagi wanita yang akan tampil walaupun dilakukan dengan suspek berbeza.

Apa-apapun kes masih dalam siasatan dan kita menantikan update terkini dari pihak polis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas