Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Mahu Jual Telefon Nokia Lama Semata Nak Beli Beras Undang Sebak Netizen

Untitled Design   2

Oh! Tidak

Warga Emas Mahu Jual Telefon Nokia Lama Semata Nak Beli Beras Undang Sebak Netizen

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas yang cuba untuk menjual telefon bimbit lama jenis Nokia.

Menerusi video tersebut, lelaki warga emas itu difahamkan ingin menjual telefon bimbit tersebut kerana terdesak memerlukan wang ringgit untuk membeli beras.

@asiah1106

CONTENT SEDIH- PAKCIK NI MAI KEDAI NAK JUAL HNSET NOKIA BEDA BELI BERAS #ibukutuasiah #kutuasiah #fypシ #foryoupageeeee #iphone #fyp #xyzbca #kedah #sungaikedah

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Perkara itu dikongsikan oleh pemilik kedai telefon berkenaan yang meluahkan rasa sedih mendengar kisah sedih warga emas terbabit.

IKLAN

Boleh tak pakcik nak jual ni, pakcik nak pakai duit.

Apa yang lebih menyayat hati, pemilik kedai telefon berkenaan telah memaklumkan bahawa telefon bimbit tersebut hanya boleh dijual dengan harga RM 50.

Namun, warga emas itu dilihat tidak kisah dengan nilai yang diberikan kerana dia hanya memerlukan RM20 untuk membeli beras.

Difahamkan, pemilik kedai tersebut tidak membeli telefon itu namun sebaliknya memberi sedekah RM300 kepada warga emas itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang meluahkan rasa simpati melihat warga emas terbabit dan ingin menghulurkan bantuan kepadanya.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas