Connect with us

Oh! Media

Wanita Tergamak Bunuh Suami Rupanya Positif Dadah

Wanita bunuh suami

Trending

Wanita Tergamak Bunuh Suami Rupanya Positif Dadah

Terdapat satu kejadian dimana seorang wanita tergamak membunuh suaminya dengan memukul kepala menggunakan objek tumpul. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA : Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kes Belasah Suami Hingga Maut, Anak 11 Tahun Saksi Kejadian

Perkara ini terbongkar selepas polis menerima panggilan yang mengatakan mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak bernyawa di dalam sebuah bilik.

Menurut laporan Kosmo, ia berlaku di sebuah flat, Taman Daya, Johor Bahru pada pagi tadi dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

Walaubagaimanapun, suspek telahpun ditahan di kawasan berhampiran dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Suspek yang ditahan pada pukul 9.15 pagi di kawasan berhampiran memiliki dua rekod kes dadah dan satu kes jenayah.

Hasil siasatan awal, kita percayai wanita itu membunuh pasangannya kerana berada di bawah pengaruh dadah.

Terdapat seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kes ini dan polis sedang mengesannya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas