Connect with us

Oh! Media

Wanita Maut Di Tangan Suami Sendiri, Adik Mangsa Dedah Suspek Baik Dan Pendiam

Rubiah Maut Tukul Besi

Oh! Tidak

Wanita Maut Di Tangan Suami Sendiri, Adik Mangsa Dedah Suspek Baik Dan Pendiam

Pada 14 Ramadan semalam, satu kejadian menyayat hati menimpa seorang wanita apabila dia menjadi mangsa bunuh suami sendiri. Memetik laporan Harian Metro, mangsa ditemui maut dengan enam kesan kecederaan akibat hentakan kuat disyaki menggunakan tukul besi di rumah mereka di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun Terengganu.

Wanita maut dihentak guna tukul besi

Tuku 1680699701
Foto Harian Metro Rosli Ilham

Mangsa difahamkan baru setahun berkahwin dengan suspek dan dikurniakan seorang bayi perempuan. Hasil perkahwinan terdahulu, mangsa mempunyai enam orang anak.

Pemeriksaan fizikal ke atas mangsa terdapat dua kesan hentakan di bahagian mata kanan serta di bahagian dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah

Jelasnya lagi, mangsa ditemui terbaring di ruang tamu rumah dengan kesan percikan darah di lantai serta dinding.

IKLAN

Pihak polis sudah menahan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan awal mendapati pembunuhan berlaku akibat perselisihan faham namun pihaknya kini masih menyiasat motif sebenar sehingga menjurus kepada kejadian itu.

“Suspek pendiam, baik” – adik ipar

Isteri 1

Sementara itu, adik mangsa, Rozilan Yusof meluahkan rasa terkejut abang ipar sanggup buat begitu kerana dia (suspek) merupakan seorang yang baik, pendiam dan tak banyak cakap.

Abang ipar (suspek) sangat baik dengan saya dan kami kenal lama kerana tinggal sekampung, dia jenis pendiam sepatah saya cakap, sepatah dia jawab.

Katanya, suspek bekerja sebagai tukang rumah dan setiap hari apabila balik kerja suspek akan duduk di rumah membantu isterinya termasuk bermain dengan anak-anak.

Rozilan menafikan abang iparnya mengalami penyakit jiwa kerana dah mengenalinya dengan dekat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas