Connect with us

Oh! Media

Jual Kentut Dalam Balang, Wanita Raih RM213k Seminggu

kentut

Trending

Jual Kentut Dalam Balang, Wanita Raih RM213k Seminggu

Bekas bintang realiti televisyen di Washington, Stephanie Matto sekarang ini menjana pendapatan sampingan dengan menjual kentut di dalam balang.

ADVERTISEMENT

BACA: Risiko Jangkitan Virus Melalui Kentut? Ini Perjelasan Dari Datuk Dr Alzamani

Menerusi laporan Kosmo, Stephanie yang membintangi 90 Day Fiance memperoleh sebanyak AS$50,000 iaitu RM213,016 dalam masa seminggu dengan hanya menjual kentutnya sendiri bersama beberapa kelopak ros dan nota peribadi di dalam balang.

Jual kentut adalah cabang perniagaan yang hebat

kentut
Stephanie Matto

Stephanie yang memiliki 260,000 pengikut di media sosial telah menjadikan pengikutnya sebagai pelanggan untuk dia menjual kentutnya dengan harga AS$1,000, RM4,237 sebalang dan telah membuat diskaun sebanyak 50 peratus baru-baru ni.

Demi menghasilkan kentutnya, Stephanie telah makan banyak protein, yogurt, telur rebus dan kacang dalam rutin hariannya dan telah berjaya menjual sebanyak 97 buah balang.

Beberapa tahun lalu, saya mendapat permintaan untuk menjual coli, seluar dalam, rambut dan air mandian.

Saya berpendapat bahawa menjual kentut adalah cabang perniagaan yang hebat, menyeronokkan, unik dan berbeza.

Pelik tapi benar, itulah cara yang dibuat oleh Stephanie untuk memperoleh pendapatan sampingan. Kentut pun orang nak beli, memang pelik lah. Macam-macam la ragam manusia ni!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas