Connect with us

Oh! Media

Wanita Ini Dikecam Lepas Dakwa Muak Dengan Kes Zara Qairina

Ohmedia saksi Zara Qairina

Oh! Tidak

Wanita Ini Dikecam Lepas Dakwa Muak Dengan Kes Zara Qairina

Puteri Sarah dikecam netizen lepas didakwa komen ‘muak’ tentang kematian Zara Qairina.

Baru-baru ini, kecoh di platform Threads bila seorang wanita bernama Puteri Sarah meluahkan rasa kecewa terhadap kes Zara Qairina. Semuanya gara-gara komen yang didakwa langsung tak sensitif mengenai kes kematiannya.

Dalam tangkap layar yang tular, Puteri Sarah dilihat meninggalkan komen mengatakan dia sudah muak melihat kes arwah Zara di media sosial.

Ayat itu pantas mengundang kemarahan ramai yang merasakan komen tersebut seolah-olah tidak menghormati perasaan keluarga dan mereka yang bersedih dengan pemergian arwah.

IKLAN

Rupa-rupanya akaun tu mungkin palsu dan guna wajah orang lain…

Di tengah-tengah kecaman, ada juga suara yang cuba menjernihkan keadaan. Ramai netizen mendakwa akaun TikTok berkenaan sebenarnya palsu dan wajah yang digunakan adalah milik seorang remaja dari Indonesia.

Individu di sebalik akaun itu dikatakan sengaja mencetuskan provokasi untuk meraih perhatian di media sosial. Bagaimanapun, perkara ini tetap mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan dalam kalangan netizen yang mengikuti perkembangan kes Zara Qairina.

Pssttt! Ohmedia harap korang sentiasa fikir dulu sebelum komen di media sosial. Kadang-kadang niat kita lain, tapi ayat yang ditaip boleh buat orang salah faham dan marah. Lebih baik diam kalau apa yang nak dikatakan tak membantu atau tak sensitif dengan situasi.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas