Connect with us

Oh! Media

wanita

Oh! Tidak

Wanita Gagalkan Cubaan Rogol Di Tandas Awam Dengan Keberanian Luar Biasa!

Kluang digemparkan dengan kejadian seorang wanita hampir menjadi mangsa rogol di tandas awam Laman Kampung Melayu petang semalam. Namun, keberaniannya berjaya menyelamatkan diri dari menjadi mangsa jenayah tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor, insiden berlaku pada jam 5.20 petang apabila suspek, seorang penganggur berusia 34 tahun, bersembunyi di dalam tandas yang pintunya tertutup.

IKLAN

Semasa mangsa mahu masuk ke tandas, suspek keluar dari persembunyian dan mengunci pintu tandas berkenaan. Suspek cuba merogol tetapi mangsa menggigit tangan dan mencakar muka suspek. Mangsa kemudiannya dapat melarikan diri dan dapatkan bantuan orang awam.- Jelasnya.

Suspek berjaya ditangkap orang awam

Suspek yang cuba melarikan diri akhirnya ditahan oleh orang ramai sebelum polis tiba di lokasi kejadian. Berdasarkan kenyataan pihak polis, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan tiga rekod berkaitan dadah.

Walaupun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Majistret Kluang untuk siasatan lanjut. Kejadian ini turut tular di media sosial dengan rakaman yang memaparkan orang ramai membantu menahan suspek.

#OhmediaNasihat

Jenayah boleh berlaku di mana-mana, termasuk tempat awam yang dianggap selamat seperti tandas. Ohmedia ingin mengingatkan korang untuk sentiasa berwaspada, elakkan menggunakan tandas awam di kawasan sunyi.

wanita

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas