Connect with us

Oh! Media

Wanita Dibaham Buaya Rupanya Sempat Tolak Ibu Jauh-Jauh Sebelum Ditarik Masuk Dalam Air

dibaham buaya

Trending

Wanita Dibaham Buaya Rupanya Sempat Tolak Ibu Jauh-Jauh Sebelum Ditarik Masuk Dalam Air

Kisah kehilangan seorang wanita yang akhirnya dimaklumkan telah disambar seekor buaya amat mengejutkan kita semua. Kejadian itu berlaku di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan Sabah ketika mangsa keluar memancing bersama keluarganya di sebuah tebing sungai.

ADVERTISEMENT

Allahyarhamah Norsila Sayong, 32 tahun ditemui tidak bernyawa oleh penduduk kampung sekitar jam 6.35 pagi ketika misi mencari. Perasaan pilu dirasai apabila hanya sebahagian tubuh mangsa ditemui selepas dibaham buaya terbabit.

Ketika misi mencari, pihak bomba dimaklumkan terdengar bunyi pergerakan buaya sebelum menjumpai mangsa.

Norsila tolak ibu jauh-jauh elak disambar buaya

Dalam satu perkongsian saudara mangsa, kakak Norsila memaklumkan adiknya sempat selamatkan ibunya dari dibaham buaya. Mangsa menolak ibunya dengan kuat dan akhirnya dia yang ditarik buaya masuk ke dalam air.

Tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan ibu dan keluarga mangsa ketika ini. Kita doakan agar mereka kuat menerima dugaan ini dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Kredit: Facebook | TikTok | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas