Connect with us

Oh! Media

Wanita Bengang Ditegur Tak Pesan Makanan Di Restoran Segera, Disuruh Duduk Mamak

Ohmedia wanita mcdonald kena halau

Oh! Tidak

Wanita Bengang Ditegur Tak Pesan Makanan Di Restoran Segera, Disuruh Duduk Mamak

Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati selepas ditegur kerana duduk di sebuah restoran makanan segera tanpa memesan apa-apa.

Dalam video TikTok oleh Amora, wanita itu mendakwa kakitangan restoran menegur tanpa adab hanya kerana dia duduk di situ tanpa membeli makanan.

Dia juga menyatakan haknya untuk duduk seketika sambil menunggu anaknya menghabiskan nasi yang di bawa dari rumah.

IKLAN

Disuruh duduk kedai Mamak kalau nak lepak lama…

Image

Wanita itu bengang dengan sikap kakitangan restoran yang menyuruhnya pergi ke kedai mamak kalau nak duduk lama-lama.

Ini ke etika pekerja McDonald’s, seorang Melayu, bangsa kita, dia cakap jangan duduk sini lama-lama. Kalau hendak duduk, pergi kedai mamak dekat belakang.- Katanya dalam video itu.

Wanita tersebut juga menjelaskan yang dia datang ke restoran itu kerana ada taman permainan untuk anaknya dan cuaca ketika itu pula hujan lebat.

Image

Bawa makanan luar tapi tak buat kotor pun…

Walaupun ada yang mengingatkan tentang etika restoran, wanita tersebut tetap berpendirian bahawa dia hanya sekejap duduk di situ sambil anaknya makan nasi dari rumah sebelum memesan makanan.

Image
Image
Image

#OhmediaNasihat

Ohmedia faham, kadang-kadang kita mungkin terpaksa bawa makanan dari luar atas sebab tertentu tapi penting juga untuk kita hormat etika tempat yang kita pergi.

Kalau korang nak duduk lama di restoran, pastikan ada buat pesanan makanan mereka. Kalau tidak, lebih baik pilih tempat lain yang lebih fleksibel. Begitu juga buat pekerja, layanan dan adab sangat penting supaya pelanggan rasa dihormati.

Ohmedia wanita mcdonald kena halau

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas