Connect with us

Oh! Media

Wanita Asnaf Dakwa Lumpuh Kantoi Boleh Jalan Siap Naik Motor

Ohmedia asnaf pempers

Oh! Tidak

Wanita Asnaf Dakwa Lumpuh Kantoi Boleh Jalan Siap Naik Motor

Wanita asnaf tular isu pampers kini kelihatan sihat berjalan siap naik motor dengan suami.

Seorang wanita asnaf yang sebelum ini pernah viral kerana meluahkan rasa kecewa terhadap bantuan lampin yang diterimanya daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), sekali lagi jadi bualan netizen.

Dulu katanya tak boleh jalan sebab rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tapi terbaru lain pula kisahnya.

Dilihat sihat naik motor dengan suami…

Dalam satu video dashcam yang dimuat naik di Threads, kelihatan wanita berkenaan menaiki sebuah motosikal bersama seorang lelaki dipercayai suaminya.

IKLAN

Lebih mengejutkan, dia siap sempat memetik bunga di tepi jalan sebelum membonceng di belakang. Situasi itu seakan menafikan dakwaannya sebelum ini yang kononnya tidak boleh berjalan.

Netizen terkejut tengok cergas berjalan…

Ruangan komen di media sosial pula dipenuhi reaksi netizen yang terkejut dengan keadaan wanita tersebut.

Ramai yang memerli dengan mengatakan kalau dah boleh jalan macam biasa, tak mustahil juga dia boleh melahirkan anak lagi.

Ada juga yang rasa hairan bagaimana kisah “tak boleh jalan” dulu kini bertukar jadi “cergas seperti biasa.”

Pssttt! Kadang-kadang bila kita tular di media sosial, setiap gerak-geri akan jadi perhatian orang ramai. Ohmedia nak pesan, kalau ada masalah lebih baik kita jelaskan dengan betul pada pihak sepatutnya, bukannya kongsi cerita separuh jalan sampai timbul salah faham. Akhirnya, diri sendiri juga yang akan dipersoalkan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas