Connect with us

Oh! Media

“Waktu Nak Panaskan Sup Bau Busuk” – Wanita Sangka Lemak Perut, Rupanya Tahi Lembu Dalam Sup Perut Yang Dibeli

Trending

“Waktu Nak Panaskan Sup Bau Busuk” – Wanita Sangka Lemak Perut, Rupanya Tahi Lembu Dalam Sup Perut Yang Dibeli

Sebagai seorang yang menggemari makanan, sudah pasti kita akan mencuba pelbagai jenis makanan yang dijual di pasaran. Nak-nak pula apabila makanan itu dicadangkan orang sekeliling untuk untuk dikunjungi supaya kita boleh mencuba untuk rasai keenakan makanan itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Penumpang Bas Terkejut Wanita Tergamak Maki Hamun Darah Daging Sendiri Gara-Gara..

Namun begitu, lain pula pengalaman yang dirasai seorang wanita selepas dia membeli satu juadah di sebuah restoran yang mendapat pujian orang ramai atas faktor keenakan juadah yang dijualnya.

Ingatkan lemak perut, rupanya tahi lembu

Menerusi laman Facebook MASAK APA TAK JADI HARINI, seorang pengguna, Annisa Fakrulradzi berkongsi pengalamannya yang membeli sup perut lembu dan mendapati sup itu mulai busuk ketika dia memanaskannya.

Apa yang dijumpai wanita itu dalam perut lembu yang dibelinya itu pasti akan meloyakan tekak buat yang melihatnya.

Dia turut berkongsi rasa kecewanya selepas peniaga yang menjual sup perut ini mengatakan bahawa itu adalah lebihan lemak pada perut lembu tersebut selepas dihubungi wanita itu.

Netizen minta dedahkan nama kedai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik mereka selepas melihat perkongsian itu dan ada juga yang meminta agar nama kedai makan yang menjual sup ini didedahkan supaya isu ini tidak terjadi kepada orang lain.

Diharapkan para peniaga lebih peka dengan barang jualan mereka, lebih-lebih lagi yang melibatkan makanan.

Kredit: MASAK APA TAK JADI HARINI

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas