Oh! Tidak
Viral Video Mat Tere Tunjuk Alat Sulit Di TikTok, Tukang Masak Wanita Ditahan Bantu Siasatan
Seorang wanita direman empat hari bantu siasatan kes Mat Tere tunjuk kemaluan.
Baru-baru ini, tular di media sosial video menunjukkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Mat Tere menunjukkan kemaluannya ketika bersiaran langsung di TikTok.
Kejadian itu didakwa berlaku selepas Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apiz Baharum diarahkan oleh seorang wanita dalam siaran langsung tersebut.
“Suspek wanita akan dituduh esok di Mahkamah Kota Bharu”

Terbaru, Harian Metro melaporkan seorang tukang masak wanita berusia 27 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek wanita itu ditahan di Kuala Lumpur selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa.
Wanita berkenaan bekerja di Kuala Lumpur dan kini ditahan reman. Suspek wanita itu dijangka dituduh esok di Mahkamah Kota Bharu. Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Keluarga kepada Mat Tere turut tampil memohon orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan terhadap OKU itu.
Pssttt! Tindakan wanita ini memang keterlaluan. Tak kira apa niatnya, mempermainkan individu OKU demi kandungan media sosial bukan satu perkara yang boleh dimaafkan. Semoga keadilan berpihak kepada mangsa, dan semoga masyarakat lebih sensitif serta bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.