Connect with us

Oh! Media

Viral Sehari Tak Makan Sebab Kafe Tutup, Pelajar Ini Mohon Maaf, Rupanya Ini Perkara Sebenar

pelajar menangis lapar

Oh! Tidak

Viral Sehari Tak Makan Sebab Kafe Tutup, Pelajar Ini Mohon Maaf, Rupanya Ini Perkara Sebenar

Baru-baru ini, viral di media sosial luahan seorang pelajar yang sedih terpaksa berlapar gara-gara kafe tutup.

ADVERTISEMENT

Menerusi video dimuat naik di TikTok, pelajar yang menggunakan akaun @bayinuckal mendakwa pihak universiti meminta pelajar lapor diri di kediaman masing-masing lebih awal daripada sesi pengajian.

Tetapi, kemudahan seperti kafe belum beroperasi menyebabkan dia tak makan sehari seharian.

Terbaru, pelajar ini tampil memohon maaf kepada pihak pengurusan universiti kerana telah menimbulkan salah faham.

Walaupun kafe tidak buka tetapi pihak universiti telah menyediakan makanan kepada para pelajar yang mempunyai masalah dari segi kewangan atau pun masalah untuk mendapatkan sumber makanan.

Jadi sebenarnya pihak universiti saya telah menyediakan keperluan makanan dan minuman kepada para pelajar yang mempunyai masalah tersebut cumanya saya yang tak tahu tentang perkara itu.

Di Instagram, penyanyi rap Caprice tampil menasihati pelajar itu supaya tidak terlalu manja tak bertempat. Ujarnya, sebagai seorang lelaki, pelajar itu perlu mencari jalan apatah lagi di zaman serba canggih dan segala servis di hujung jari.

Kredit: Twitter Erin | Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas