Connect with us

Oh! Media

(Video) Warga Emas 77 Tahun Rugi RM25K Diragut 2 Lelaki Depan Rumah

peragut

Trending

(Video) Warga Emas 77 Tahun Rugi RM25K Diragut 2 Lelaki Depan Rumah

Sakit betul rasa hati bila ada orang muda yang cukup tenaga tergamak meragut seorang nenek tua. Pagi tadi berlaku satu kejadian ragut melibatkan warga emas di Bandar Tun Razak.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu berjaya dirakam jiran mangsa yang menunjukkan dua lelaki bermotosikal dan bersenjata parang menahan mangsa yang baru sahaja keluar dari rumah anaknya.

Warga emas yang berusia 77 tahun itu mengalami kerugian sebanyak RM25,000 selepas peragut mengambil semua gelang dan rantai emas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengesahkan kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah hari itu.

Aksi dalam video tersebut menunjukkan suspek telah menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa dengan menggunakan gunting pemotong sebelum melarikan diri menaiki motosikal nombor pendaftaran palsu.

Ketika kejadian mangsa berada di luar rumah anaknya untuk pergi makan. Akibat kejadian itu, wanita itu mengalami kecederaan luka di tangan.

Kejadian ragut ini akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun keseksaan. Pihak polis juga meminta jasa baik orang ramai jika ada sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai yang berdekatan.

Rasanya tak lama peragut tu boleh lari, nanti kena kutiplah tu. Kurang ajar betul!

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas