Connect with us

Oh! Media

(Video) Upah Orang Jaga Kucing, Rakaman CCTV Ini Bongkar Perbuatan Sebenarnya

Trending

(Video) Upah Orang Jaga Kucing, Rakaman CCTV Ini Bongkar Perbuatan Sebenarnya

Bagi pencinta kucing, haiwan kesayangan itu sudah dianggap seperti anak sendiri. Walaupun hanya haiwan peliharaan, kucing ditatang dengan penuh kasih sayang.

ADVERTISEMENT

BACA: Tuan Meninggal Dunia, Kucing Setia Menunggu Di Tepi Kubur

Sudah tentu, setiap perbuatan yang menyakiti mereka menimbulkan rasa marah pemilik. Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok ini, ketika pulang ke kampung dia telah mengupah seseorang untuk menjaga kucing-kucingnya.

Namun siapa sangka, rakaman CCTV menunjukkan kucing-kucingnya dilayan dengan kasar. Berdasarkan video yang dimuat naik, individu yang diupahnya itu dilihat membaling anak-anak kucing masuk ke dalam sangkar.

@rosella_rosell

Aku mmg xboleh terima manusia gini gaya… kau nk lepas geram bebal ke ape boleh x jgn dekat anak2 aku?!!! Pakkal aq balik kg lama jerr 😭😭😭

♬ original sound – Rosella_rosell

Menurutnya lagi, individu tersebut sudah lama tinggal di kawasan perumahan itu dan ramai yang mengupahnya untuk mengemas rumah termasuklah menjaga kucing.

Rata-rata memberikan respon yang baik terhadap servis yang diberikan namun di belakang sebaliknya yang berlaku.

Orang ramai turut mencadangkan wanita ini agar membuat laporan kepada pihak berkuasa memandangkan bukti video sudah ada.

Mereka mahu hukuman setimpal diberikan untuk memberi pengajaran kepada mereka yang suka menganiayai binatang.

Kredit: TikTok @rosella_rosell

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas