Connect with us

Oh! Media

(Video) Tidak Tutup Aurat, Pengunjung Bazar Ramadan Diceramah Penguatkuasa

Pengunjung di ceramah tidak tutup aurat di bazar ramadan

Trending

(Video) Tidak Tutup Aurat, Pengunjung Bazar Ramadan Diceramah Penguatkuasa

Sepanjang bulan puasa ini, bazar Ramadan merupakan tempat pilihan orang ramai untuk dikunjungi bagi mencari juadah pilihan untuk dijadikan sebagai santapan ketika waktu berbuka.

ADVERTISEMENT

Seperti yang kita tahu, bazar Ramadan menjadi tumpuan utama kerana ia menawarkan pelbagai juadah yang unik untuk dibeli pelanggan.

BACA: “Nanasnya Mana?” – Pembeli Terkejut Tart Nanas Tiada Inti

Diceramah penguatkuasa

@hafizghafur

Bazar belakang kfc pasir tumboh

♬ suara asli – Angi Lay

Namun, pengalaman yang berbeza dirasai pengunjung yang hadir ke bazar Ramadan di Kelantan. Mereka yang didapati tidak menutup aurat akan diberikan nasihat oleh penguatkuasa.

Menerusi perkongsian @hafizghafur di TikTok, dapat dilihat pengunjung yang hadir dan tidak menutup aurat menerima teguran dan diceramah oleh penguatkuasa ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

Menerusi video berkenaan, dapat juga dilihat flyers yang diedarkan kepada pengunjung oleh penguatkuasa sebagai cara untuk meminta mereka untuk menutup aurat dengan lebih sempurna ketika berada di bulan Ramadan.

Mendapat sokongan netizen

Hantaran video di TikTok ini mendapat respon dari netizen yang lain. Rata-rata mereka menyokong serta berharap agar tindakan ini boleh dilakukan di seluruh negara

Baguslah tindakan sebegini dilakukan lebih-lebih lagi ketika berada di bulan Ramadan. Setidaknya dapat mengelakkan dari pengunjung memakai pakaian yang menjolok mata sehingga boleh menyumbang kepada terbatalnya puasa orang lain.

Kredit: TikTok hafizghafur

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas