Connect with us

Oh! Media

“Perlu Ke Cakap Macam Tu?”, Buat Review Makanan Dengan Gaya Menghina, Lelaki Teruk Dikecam Netizen

Oh! Tidak

“Perlu Ke Cakap Macam Tu?”, Buat Review Makanan Dengan Gaya Menghina, Lelaki Teruk Dikecam Netizen

Tular di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu mengenai perniagaan pencuci mulut yang diusahakan pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Kieda.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Sayangnya Kek Tu’ – Amyra Rosli Dikecam Membazir Makanan

Boleh dikatakan, perniagaannya itu sangat laku sehinggakan ramai yang sanggup untuk beratur berjam-jam lamanya semata-mata ingin merasa setiap daripada pencuci mulut yang dijualnya.

@kiedacrepe Hari yang sesuai untuk org malas tunggu lama tapi nak makan semua makanan sedap2 yg ada dekat kedai kida. Cargass weyyy👏🏻👏🏻 #fypage #kiedacrepe #storytime #penangfoodie ♬ bunyi asal – user3709237505570 – FXRISH2

Dapat review dari seorang pelanggan

Meskipun perniagaannya itu mendapat sambutan yang hangat dan memberangsangkan namun, tular pula satu video live dibuat seorang lelaki bersama beberapa orang rakannya memberikan pandangan terhadap beberapa pencuci mulut yang dibeli mereka daripada Kieda Crepe.

@twinschekeika #copy #mampus #viralvideo #sukakecamtapitakcermindiri #kecam #takbaikfitnah #adoi #kiedacrepe #crepemania ♬ bunyi asal – TWINS👶👶ChekEika

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik semula pengguna TikTok bernama twinschekeika, lelaki tersebut dilihat mengecam hampir kesemua pencuci mulut yang dibelinya.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut juga menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya setiap kali dia mencuba pencuci mulut tersebut.

Perlu ke cakap macam itu?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu sambil mendakwa lelaki itu cuba untuk menjatuhkan perniagaan dan periuk nasi orang lain.

Macam ada yang tak kena kan? Boleh dikatakan semua makanan yang dia cuba tu dia kata tak sedap. Korang rasa macam mana?

Kredit: TikTok kiedacrepe | TikTok twinschekeika

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas