Connect with us

Oh! Media

(Video) Rider Langgar Pagar Rumah, Terkejut Dikejar Anjing?

Trending

(Video) Rider Langgar Pagar Rumah, Terkejut Dikejar Anjing?

Bekerja sebagai penghantar makanan diakui bukanlah satu tugas yang mudah. Penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai rider berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk cuaca buruk, kesesakan lalu lintas dan ragam pelanggan. Sabar jelah ye?

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Rider Panda Dipelawa WR Malaysia Cuba Sendiri Husqvarna RM25k Curi Tumpuan Ramai!

Terbaru, viral di media sosial rakaman video menunjukkan seorang rider merempuh pagar rumah dipercayai akibat dikejar anjing. Dalam rakaman berdurasi 20 saat itu, rider dilihat terbabas ke arah pagar menyebabkan bahagian mukanya terhentak palang. Sejurus kejadian, dia dilihat segera bangun sebelum duduk kembali untuk menenangkan diri.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedengaran anjing menyalak dengan kuat selepas kemalangan berlaku. Tuan rumah yang kebetulan berada di situ turut terkejut.

Meninjau ke ruangan komen perkongsian MyWatch, netizen memberi tips dan cara untuk mengharungi sekiranya dikejar anjing liar. Lelaki itu berkata, anjing liar akan menyorok terlebih dahulu sebelum tiba-tiba mengejar motosikal. Namun, rider hendaklah sentiasa tenang.

Sementara itu, orang ramai menyarankan anjing liar ditangkap dan diletakkan di tempat sepatutnya untuk menjamin keselamatan pejalan kaki serta penunggang motosikal. Bagi anjing bertuan yang tidak dijaga dengan betul, harap tindakan wajar diambil pihak berkuasa.

rider

Malah, netizen turut menceritakan pengalaman sama di mana mereka pernah dikejar anjing ketika membuat penghantaran makanan.

Apa-apa pun semoga tiada kecederaan serius yang berlaku kepada rider tersebut.

Kredit: MyWatch

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Twitter Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas