Connect with us

Oh! Media

Video ‘Prank’ Tarik Tudung, YouTuber Tampil Beri Keterangan Pada Polis

Oh! Tidak

Video ‘Prank’ Tarik Tudung, YouTuber Tampil Beri Keterangan Pada Polis

Semalam kecoh dengan satu video tular memaparkan seorang ‘YouTuber’ yang membuat ‘konten’ menarik tudung dua orang wanita di tempat awam.

ADVERTISEMENT

BACA: Buat ‘Prank’ Tarik Tudung Perempuan Di Tempat Awam, YouTuber Ini Teruk Dikecam Netizen

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihak polis telah menerima laporan berhubung isu itu selepas lelaki yang memuat naik video itu telah tampil memberi keterangan pada Isnin.

Berdasarkan maklumat yang diterima perbuatan tersebut dirancang untuk mendapatkan perhatian di media sosial.

Tambah Ashari lagi, ketika ini pihaknya masih belum lagi menerima laporan daripada dua wanita berkenaan.

Kita sedang mengesan dua wanita tersebut untuk dirakam keterangan berkaitan kejadian itu.

Untuk info, lelaki itu telah melakukan permohonan maaf menerusi video terbaru yang dimuat naik di akaun YouTubenya selepas tercetusnya kontroversi dan kecaman dari warganet.

Dalam video sama, dua wanita yang merupakan sebahagian daripada konten itu turut sama memohon maaf kepada semua yang tersinggung.

Menerusi video terdahulu, lelaki tersebut menjelaskan bahawa video itu hanyalah eksperimen sosial untuk melihat sejauh mana reaksi netizen jika berlaku situasi sebegini. Dia turut memaklumkan dua wanita yang kononnya menjadi mangsa ‘prank’ adalah rakannya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas