Connect with us

Oh! Media

Buat ‘Prank’ Tarik Tudung Perempuan Di Tempat Awam, YouTuber Ini Teruk Dikecam Netizen

Trending

Buat ‘Prank’ Tarik Tudung Perempuan Di Tempat Awam, YouTuber Ini Teruk Dikecam Netizen

Kerjaya sebagai seorang ‘Youtuber’ yang dilihat mampu memberikan pendapatan lumayan telah menyebabkan ramai orang menceburi bidang itu.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Prank’ Pegang Tangan Isteri Orang, Content Prankster Dianggap Keterlaluan

Namun, demi mendapat bilangan penonton yang banyak, konten yang disajikan sesetengah ‘Youtuber’ dilihat agak keterlaluan sehingga boleh menimbulkan kecaman netizen.

Buat ‘prank’ tarik tudung wanita di tempat awam

Tular satu ciapan video di Twitter memaparkan video ‘prank’ yang dilakukan seorang ‘YouTuber’.

Menerusi video yang dimuat naik Malaysia Most Viral itu, ‘YouTuber’ tersebut melakukan konten ‘prank’ dengan menarik serta mencabut tudung wanita yang dijumpanya di tempat awam.

Terkejut dengan situasi itu, dapat dilihat dua wanita yang merupakan mangsa kepada lelaki tersebut menunjukkan reaksi geram dan marah, namun memaafkan lelaki itu.

Lelaki tersebut kemudiannya menyatakan akan menghulurkan ‘sesuatu’ kepada kedua-dua mangsanya itu sebagai tanda maaf.

Makin tak ada akal manusia sekarang

Perkongsian Malaysia Most Viral itu mendapat respon warganet. Rata-rata mereka mengecam tindakan ‘YouTuber’ berkenaan yang dianggap tidak beradab.

Lepastu boleh pula dia kata perbuatan dia tu konten semata-mata? Dia ingat konten tu tiket untuk bolehkan dia buat perkara macam ni ke?

Kredit: Twitter Malaysia Most Viral

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas