Connect with us

Oh! Media

(Video) Lupa Letak Nozel, Pam Minyak Petronas Hampir Tumbang!

hampir tumbang

Trending

(Video) Lupa Letak Nozel, Pam Minyak Petronas Hampir Tumbang!

Macam-macam ragam la orang kita ni, baru-baru ni kejadian di sebuah stesen minyak di Kota Kemuning, Selangor, seorang pemandu lupa nak letak nozel di stesen minyak sampai menyebabkan pam minyak tersebut hampir tumbang.

ADVERTISEMENT

BACA: Isian Minyak Petrol Tradisional Menjadi Tarikan Di Dabong, Kelantan

Menerusi sebuah video yang di muat naik di Facebook Izzy Sempoi, pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena telah jalan melulu tanpa meletakkan semula nozel minyak sebelum meneruskan perjalanan.

Sempat undurkan kereta setelah perasan nozel dan hos tercabut

Facebook: Izzy Sempoi

Menerusi video di atas, kereta itu sempat mengundurkan keretanya sebaik sahaja sedar akan nozel dan hos telah tercabut. Mungkin dia betul-betul terlupa nak letak balik nozel tu dekat tempat dia sampai buatkan pam minyak tersebut hampir tumbang.

Melihat bahagian comment di Facebook, pemilik video ini mengatakan bahawa pemandu itu telah keluar dari kereta sambil ketawa menyebabkan dirinya tidak keluar membantu. Sakit hati katanya..

hampir tumbang

Ada juga yang marah dengan tindakan pemandu tersebut yang sibuk bermain dengan telefon sambil khayal tak cabut nozel minyak itu.

Apa-apa pun, kita ambil la iktibar dari cerita ini. Bila hari ini orang lain buat kesilapan, kita belajar la dari kesilapan dia, jangan ulang benda yang sama. Peringatan bersama, bila dekat stesen minyak tu janganlah main handphone, takut benda tak elok terjadi nanti. Hati-hati okay semua!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas