Connect with us

Oh! Media

Ugut Nak Kacau Periuk Nasi Rider, Sekali Diri Sendiri Yang Kena Tindakan Disiplin

Trending

Ugut Nak Kacau Periuk Nasi Rider, Sekali Diri Sendiri Yang Kena Tindakan Disiplin

Seorang lelaki dikenakan tindakan disiplin daripada majikan selepas tular video memaparkan aksinya mengeluarkan kata-kata kesat dan mengugut mahu mengacau periuk nasi penghantar makanan (rider).

ADVERTISEMENT

Pertengkaran di antara mereka dipercayai tercetus disebabkan lelaki itu salah meletakkan pin lokasi membuatkan penghantar makanan perlu mencarinya selama satu jam.

BACA: “Saya Pun Ada Hati” – Suara Ketar Tahan Sebak, Rider Sedih Kena Ugut Buang Kerja Padahal Salah Customer

Dalam video tular di TikTok, kedengaran lelaki itu mengugut penghantar makanan bakal kehilangan kerja dan mendakwa majikannya iaitu Malaysia University of Science & Technology (MUST) adalah partner syarikat penghantaran makanan tersebut.

@minyakhitamjalanan

Dia bagi salah location dgn grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke ape… Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kjer plk tu..

♬ bunyi asal – minyakhitamjalanan

Namun, perkara itu telah disangkal Pihak Pengurusan Eksekutif MUST. Menurut MUST, pihaknya sendiri berasa kecewa dengan kejadian memalukan tersebut dan memohon maaf kepada semua yang terlibat.

Pihaknya turut menekankan bahawa MUST tiada sebarang perjanjian kerjasama dengan syarikat penghantaran itu sebagaimana yang didakwa pelaku.

Pihaknya percaya kenyataan yang dikeluarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya pelaku dan tidak mewakili universiti.

Aduhai, tak pasal kena tindakan disiplin ye dak? Diharapkan kita semua lebih berhati-hati untuk mengelakkan perkara seperti ini. Benda boleh bincang buat apa nak gaduh?

Kredit: Facebook Malaysia University of Science & Technology

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas