Connect with us

Oh! Media

“Tunggu Tua Belum Tentu Hidup” – Lelaki Nangis Merayu Kerajaan Benarkan Pengeluaran i-Citra

Trending

“Tunggu Tua Belum Tentu Hidup” – Lelaki Nangis Merayu Kerajaan Benarkan Pengeluaran i-Citra

Seperti yang diketahui ramai, dikala pandemik dan pelbagai bencana yang kita lalui sejak kebelakangan ini, ramai yang terjejas dari segi kewangan dan terdesak untuk mencari mata pencarian masing-masing.

ADVERTISEMENT

BACA : Kerajaan Diminta Tidak Benarkan Pengeluaran i-Citra?

Salah satu mata pencarian yang mampu untuk menampung mereka dengan kadar segera adalah dengan mengeluarkan wang simpanan mereka menerusi i-Citra.

Baru-baru ini, seorang pencarum menangis dan merayu agar kerajaan membenarkan dia untuk membuat pengeluaran terakhir menerusi i-Citra sebanyak RM10,000 dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sudah terdesak.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman Instagramnya, memaparkan seorang lelaki merayu beliau bertindak dengan segera memohon pihak kerajaan agar memberi peluang sekali lagi kepada pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka sebanyak RM10,000.

Individu lelaki itu berkata sambil menangis, ketika ini beliau amat memerlukan wang tersebut kerana terlalu banyak komitmen termasuklah menampung anak yang sedang belajar di universiti.

Nak tunggu hari tua, kita belum pasti lagi masih hidup nanti, duit itu duit saya, saya perlukan.

Difahamkan melalui kapsyen Asyraf, beliau disapa oleh lelaki terbabit ketika singgah di sebuah kedai makan sekitar Johor dan memberitahu, ini bukan kali pertama seseorang menyapanya agar menyuarakan hal berkenaan dengan duit simpanan itu.

Kredit: Instagram Asyraf Wajdi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas