Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Diminta Tidak Benarkan Pengeluaran i-Citra?

Trending

Kerajaan Diminta Tidak Benarkan Pengeluaran i-Citra?

Kerajaan diminta untuk tidak membenarkan pengeluaran kemudahan i-Citra dibawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh beberapa persatuan pekerja.

ADVERTISEMENT

BACA : KWSP Akan Lancar ‘i-Sayang’ dan ‘i-Lindung’ Untuk Tingkatkan Kesejahteraan Rakyat

Menurut laporan Harian Metro, kerajaan sepatutnya memperkenalkan insentif-insentif tambahan lain dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani.

Ini disebabkan pengeluaran i-Citra akan membuatkan kesemua ahli terpaksa bekerja lebih lama untuk menggantikan caruman yang telah dikeluarkan. 

Beberapa cadangan juga telah dibuat antaranya ialah kadar dividen yang berbeza atau memfokuskan projek bernilai tinggi untuk menbantu KWSP membina semula simpanan tersebut.

Ini memandangkan hampir separuh daripada mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan persaraan mereka. Ramai ahli yang meminta pengeluaran tambahan ini pula berdepan hutang tertunggak atau perlu menampung perniagaan mereka untuk menyara hidup walaupun ekonomi semakin pulih.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa pengeluaran kali terakhir i-Citra sebanyak RM10,000 akan dibincangkan Perdana Menteri bersama Menteri Kewangan pada 9 Disember lepas. Apa pandangan korang? 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas