Connect with us

Oh! Media

Langgar SOP, Tiga Parti Politik Dikompaun RM18,000

parti politik

Oh! Negara

Langgar SOP, Tiga Parti Politik Dikompaun RM18,000

Tiga parti politik di Melaka telah dikenakan kompaun sebanyak RM18,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

ADVERTISEMENT

BACA: SOP Larangan Fizikal Semasa PRN Melaka Cetus Pertikaian Orang Politik

Menerusi laman Kosmo, tiga penganjur itu didapati telah melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana menganjurkan program melibatkan kempen Pilihan Raya.

Tiada penjarakan sosial

parti politik

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali, seorang penganjur parti politik pembangkang dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 selepas melibatkan orang ramai berkumpul dan tiada penjarakkan sosial di Taman Krubong Jaya.

Pada 30 Oktober, pihak polis telah menerima maklumat mengenai aktiviti tersebut dan pemantauan di lokasi mendapati beberapa individu sedang berucap di atas sebuah lori dengan dipasang kain rentang yang bertulis ‘Pilihan Raya Negeri 20 November 2021 Undilah Pakatan Harapan’.

Program itu menyebabkan kira-kira 40 orang awam berkumpul, susulan itu kita telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM10,000 terhadap individu yang menganjurkan program tersebut.

RM4,000 kompaun juga telah dikenakan kepada penganjur Perikatan Nasional dan parti ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Pihak tertentu perlulah memainkan peranan penting untuk tidak melakukan sebarang perhimpunan ketika negara masih dilanda Covid-19 ini. Jaga diri, keluarga dan rakyat, barulah nampak sebagai seorang pemimpin. Kan?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas