Connect with us

Oh! Media

Tular Rakaman Seorang Lelaki Beri Bayi Minum Minuman Keras

Trending

Tular Rakaman Seorang Lelaki Beri Bayi Minum Minuman Keras

Memalukan! itulah ayat yang paling sesuai diungkap kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab apabila dia bertindak memberikan seorang bayi minum tin minuman dipercayai arak menimbulkan kemarahan netizen selepas video berdurasi 30 saat tersebut tular di media sosial hari ini.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, video yang tular itu memaparkan seorang lelaki dalam lingkungan 30-an sedang memangku seorang bayi sambil menyuapkan minuman berkenaan yang dipercayai tertera label jenama minuman keras itu ke dalam mulut bayi tersebut.

Turut kedengaran dalam video tersebut suara wanita yang bertutur dalam bahasa tamil dan insiden itu didakwa berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, Balik Pulau, namun masih tidak dapat disahkan kesahihannya.

Marah akan perilaku individu tersebut, Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel berkata, pihaknya bertindak membuat satu laporan polis di Perai hari ini selepas melihat video yang tular itu.

Laporan dibuat agar pihak polis membuat siasatan terhadap pelaku dan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang.

Tambahya lagi, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu tidak bertanggungjawab itu dan mengesa agar bayi tersebut dijauhkan dari lelaki terbabit.

Perbuatan terkutuk ini harus dihentikan dan bayi tersebut juga perlu dijauhkan daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.

Marshel berkata, pihaknya juga turut mengesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan segera bagi melakukan pemeriksaan kepada bayi tersebut termasuklah membuat ujian darah untuk memastikan dia tidak terdedah dengan kandungan alkohol.

Dulu tular beri anak isap vape, kini tular beri bayi minum minuman keras. Adakah ini satu trend terbaru? tidak! Semoga pihak polis segera memberkas individu tidak bertanggungjawab itu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas