Connect with us

Oh! Media

Tular Rakaman Beberapa Individu ‘Sapu Bersih’ Makanan Di Food Bank

Trending

Tular Rakaman Beberapa Individu ‘Sapu Bersih’ Makanan Di Food Bank

Pusat Makanan ataupun dikenali sebagai Food Bank merupakan sebuah program yang ditubuhkan hasil kerja sama ramai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi bersama-sama mengumpulkan barang keperluan dalam usaha memberikan bantuan kepada individu yang benar-benar memerlukan bantuan makanan.

ADVERTISEMENT

Food bank juga merupakan salah satu inisiatif yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuklah masyarakat, pihak masjid, surau dan sebagainya dengan mengumpulkanan semua barang dan ditempatkan dalam satu kawasan.

Namun, terdapat juga segelintir individu yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dalam kesulitan dengan mengambil barangan Food Bank tersebut dalam jumlah yang banyak dan tidak memikirkan individu yang lebih memerlukan.

Menurut laporan Kosmo, baru-baru ini tular di media sosial iaitu sebuah video yang dirakam melalui Rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) memaparkan beberapa individu yang telah memborong hampir keseluruhan barang di sebuah Food Bank.

Melalui rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook bernama Hakimy Looi, kelihatan seorang lelaki serta dua orang wanita sedang mengambil hampir keseluruhan barang dan diletakkan ke dalam beg plastik yang dibawa mereka.

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan individu tersebut yang bersikap tamak dan tidak memikirkan orang lain yang lebih memerlukan.

Terdapat netizen juga yang menyarankan agar setiap Food Bank yang ditubuhkan hendaklah dijaga oleh seseorang bagi mengelakkan kejadian seperti ini terjadi di masa akan datang.

Namun lokasi kejadian masih tidak dapat dikenalpasti.

Walaubagaimanapun, dibalik andaian negatif yang dibuat, kita perlu berfikir secara positif, mungkin mereka benar-benar memerlukan. Namun tindakan mereka mengambil hampir semua barang adalah tidak patut dan perlu memikirkan orang lain yang turut memerlukan.

Kredit: Hakimi Looi, Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas