Connect with us

Oh! Media

Tular Lelaki Hayun Sabit Atas Kereta Peronda, Polis Dedah Kronologi Kejadian

Trending

Tular Lelaki Hayun Sabit Atas Kereta Peronda, Polis Dedah Kronologi Kejadian

Tular baru-baru ini sebuah kejadian yang mana seorang lelaki yang bertindak memanjat sebuah kereta polis sambil menghayunkan sabit.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Lori Sondol ‘King’ Hingga Remuk Positif Dadah

Kejadian dilaporkan berlaku di hadapan Balai Polis Gopeng, Perak, sekitar pukul 8 pagi dan telah dirakam oleh orang awam.

Video berdurasi 43 saat itu memaparkan lelaki terbabit berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menjerit dan menghayunkan galah bersabit.

Lelaki hayun sabit ditahan

Walaubagaimanapun, aksi lelaki tersebut akhirnya terhenti apabila pihak polis telah berjaya menahan individu tersebut dengan bantuan pihak bomba.

Menerusi video tersebut, dilihat anggota bomba membuat semburan air ke arah lelaki berkenaan menyebabkan dia turun sebelum berlaku pergelutan dan suspek akhirnya ditangkap.

Positif dadah

Menurut laporan Utusan Harian, lelaki yang bertindak agresif dan berjaya ditahan di hadapan balai polis Gopeng itu didapati positif dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan heroin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid

Tambahnya lagi, suspek yang berusia 61 tahun itu mempunyai 16 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik.

Kronologi kejadian

Selain itu, Mior Faridalatharash juga turut menyatakan kronologi bagaimana kejadian itu boleh berlaku pada sekitar pukul 8 pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, suspek memasuki kawasan Balai Polis Gopeng dengan menaiki motosikal sambil membawa sebilah parang dan sabit.

Suspek kemudian bertindak melibas senjata yang dibawanya itu di hadapan pintu masuk pejabat pertanyaan balai tersebut yang mana seorang pegawai tampil menenangkannya.

Menurutnya lagi, suspek kemudian meluru keluar ke jalan, namun telah disekat oleh pihak polis di hadapan pagar balai berkenaan.

Selain itu, sebuah kereta peronda juga diletakkan di tengah jalan bagi menghalang pergerakan orang awam melalui kawasan tersebut sebelum suspek bertindak memanjat bumbung kereta berkenaan.

Suspek kemudian menuju ke arah kenderaan berkenaan dan memanjat bumbung sambil melibas parang dan sabit yang dibawanya bagi mengelak daripada ditangkap.

Bagaimanapun, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng tiba di lokasi kejadian bagi membantu polis melakukan tangkapan.

Rampas motosikal orang awam

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah mengamuk dan merampas motosikal orang awam di kawasan Pasar Awam Lawan Kuda.

Suspek menggunakan kenderaan itu bagi menuju ke kawasan perumahan Kopisan dan Balai Polis Gopeng.

Antara barang yang dirampas termasuklah sebilah parang, sabit, motosikal dan empat anak kunci. Permohonan reman ke atas suspek akan dijalankan esok.

Walaubagaimanapun, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: Utusan Harian I Facebook Trending Viral Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas