Connect with us

Oh! Media

Suami Kepada Penerbit GV Yang Juga Kru TV Meninggal Dunia Kemalangan Ketika Tunggang Basikal

kemalangan basikal

Oh! Tidak

Suami Kepada Penerbit GV Yang Juga Kru TV Meninggal Dunia Kemalangan Ketika Tunggang Basikal

Pagi tadi kami ada kongsikan satu kemalangan maut melibatkan seorang penunggang basikal di jalan berhampiran Cyberjaya. Mangsa lelaki yang dikenali sebagai Jeffry Aziz dilaporkan adalah seronga kru di sebuah stesen televisyen.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang sedang melakukan aktiviti berbasikal telah terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kereta.

Mangsa yang bekerja di Astro Production Sdn Bhd menunggang basikal sendirian. Arwah 57 tahun meninggal dunia ditempat kejadian.

Rakan-rakan arwah turut terkejut dengan berita kemalangan yang menimpa rakan mereka. Ada juga yang seakan tidak mempercayai apa yang berlaku selepas baru beberapa minggu lepas berjumpa.

“My new bike day”

Berdasarkan perkongsian arwah Jeffry, dia baru sahaja membeli basikal baharu pada 15 Oktober lepas.

Kes kemalangan ini bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis selepas Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan perkara itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top