Connect with us

Oh! Media

Tular Insiden 7 Individu Termasuk 3 Bayi Terperangkap Dalam Lif, JKN Kedah Mohon Maaf

Trending

Tular Insiden 7 Individu Termasuk 3 Bayi Terperangkap Dalam Lif, JKN Kedah Mohon Maaf

Baru-baru ini, tular sebuah insiden menakutkan yang mana 7 individu termasuk 3 bayi telah terperangkap dalam lif Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Tersebar Gambar Pekerja Kilang Berhimpit Dalam Lif & Langgar SOP

Mereka dipercayai telah terperangkap lebih kurang 30 minit dan tidak mengalami sebarang kecederaaan. Namun yang menjadi perhatian adalah nasib bayi tersebut.

Kejadian terperangkap dalam lif

Berhubung dengan kejadian itu, salah seorang mangsa bernama Zurita Md Zain telah meluahkan rasa cemasnya di laman Facebook mengenai insiden itu.

Menurutnya, dia bersama 6 lagi individu telah terperangkap hampir 30 minit selain turut mengatakan semua mangsa dalam keadaan selamat.

Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Alor Setar serta maintenance yang berusaha membuka pintu lif berkenaan.

Kenyataan Media JKN Kedah

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan insiden yang tular itu hari ini.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik pada laman Facebook milik JKN, pihaknya telah melakukan siasatan awal berhubung kejadian yang tular di media sosial sejak semalam itu.

Pengarahnya, Dr. Othman Warijo berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.05 pagi semalam melibatkan masing-masing tiga wanita dan bayi serta seorang lelaki.

Tujuh mangsa telah terperangkap dan siasatan awal mendapati berlaku masalah teknikal kepada sistem lif tersebut.

Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas setelah penggera keselamatan lif berbunyi.

Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit kemudian cuba menghubungi mangsa yang terperangkap dan meminta mereka bertenang sebelum bantuan tiba.

Pihak klinik telah membuat aduan segera kepada pihak syarikat konsesi penyelenggaraan yang telah dilantik.

Menurutnya lagi, pihak juruteknik syarikat lif berkompeten dan JBPM telah tiba kira-kira pukul 9.23 pagi dan pintu lif berjaya dibuka pada pukul 9.33 pagi.

Mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan selamat, namun terdapat seorang mangsa yang mengalami ‘trauma’ dan bantuan perubatan telah diberikan kepadanya.

Mengakhiri kenyataan media itu, JKN Kedah telah memohon maaf berhubung insiden itu dan pihaknya juga akan melakukan siasatan terperinci berkaitan isu berbangkit.

Tambahnya lagi, lif tersebut telah diberhentikan penggunaan serta-merta sehingga siasatan teknikal selesai serta disahkan selamat digunakan.

Kredit: Facebook JKN Kedah I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas