Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Halau Mangsa Banjir Dari Berteduh, AEON Shah Alam Tampil Mohon Maaf

Trending

Tular Dakwaan Halau Mangsa Banjir Dari Berteduh, AEON Shah Alam Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini, tular sebuah isu membabitkan pusat beli-belah, AEON di Shah Alam apabila terdapat Individu yang mendakwa pihak premis tersebut telah menghalau sebilangan mangsa yang terkandas untuk berteduh.

ADVERTISEMENT

BACA: Kehabisan Makanan, Individu Terpaksa Pecah Masuk Kedai Di Taman Sri Muda

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, terdapat seseorang yang meluahkan rasa kesalnya selepas melihat nasib yang menimpa mangsa banjir tersebut.

Hal itu selepas mangsa dikatakan telah dihalau oleh pengawal keselamatan dan pihak pengurusan sehingga terpaksa berteduh di dalam kenderaan yang dikelilingi oleh air banjir.

Selain itu, individu tersebut juga turut mendedahkan bahawa mangsa yang dipercayai dihalau itu terdiri daripada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan beberapa buah keluarga.

Tular isu halau mangsa banjir, pihak AEON Shah Alam tampil mohon maaf

Berhubung dengan perkara itu, pihak AEON Shah Alam telah tampil memberikan maklum balas dengan mengeluarkan permohonan maaf terhadap segala kekurangan yang dilakukan oleh pihaknya.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook, mereka mengakui bahawa ketika itu pihaknya tidak bersedia serta menghadapi kekangan dari segi tenaga kerja dalam menghadapi situasi seperti itu.

Apabila menerima lebih banyak pertanyaan, keputusan dibuat dalam jam 9.40 malam untuk membenarkan para pelanggan, kakitangan serta penyewa untuk berlindung di dalam premis buat sementara waktu.

Tambahnya, selepas melihat keadaan yang semakin memburuk, pihaknya dengan serta merta membenarkan para pelanggan untuk bermalam di premis tersebut.

Dalam keadaan yang tidak bersedia, di luar jangkaan serta kekangan tenaga kerja, mungkin ada di antara mereka yang tidak mendapatkan maklumat tersebut dan telah beredar terlebih dahulu.

Sedaya upaya membantu, berikan bantuan makanan kepada mangsa banjir

Sementara itu, pihaknya juga turut berusaha sedaya upaya dalam membantu para pelanggan walaupun tidak berada dalam keadaan yang terurus selain turut memberikan bantuan makanan serta kelengkapan untuk tidur.

Bantuan segera turut diberikan seperti air mineral, susu tepung, lampin pakai buang, roti, air panas, tuala, bantal, kain pelikat dan sebagainya dengan memberikan keutamaan kepada bayi dan anak kecil.

Tambahnya, pihaknya juga turut menekankan aspek keselamatan dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam menguruskan situasi tersebut.

Mengakhiri kenyataannya, pihaknya sekali lagi memohon maaf atas segala kekurangan dalam menangani isu berkenaan dan akan mengambil iktibar serta belajar dari kesilapan.

Selain itu, mereka juga turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diterimanya selama ini dan akan terus memberikan yang terbaik walaupun dalam keadaan getir.

Kredit: Facebook AEON Malaysia I Twitter Rye

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas