Oh! Tidak
Tukang Urut Dipenjara Lepas Muat Naik Sijil Nikah Palsu Dengan Kerabat Diraja
Wanita dihukum penjara setahun selepas tular video sijil nikah palsu dengan kerabat diraja.
Sebelum ni kecoh bila ada tukang urut yang tiba-tiba mengaku isteri kepada seorang kerabat diraja. Tertuduh, Persana Avril Sollunda, 43, memuat naik video dan gambar sijil nikah palsu kononnya antara dirinya dengan seorang kerabat diraja di TikTok, Februari lalu.
Perbuatan itu akhirnya memakan diri bila video tersebut dibaca oleh pihak berkuasa di Bukit Aman pada 26 Februari lalu, membawa kepada siasatan lanjut dan penahanan wanita terbabit.
Mengaku bersalah dan terus dipenjara…
Hari ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Persana selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah. Hakim Suhaila Haron menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 18 Jun lalu.
Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Kesal dan trauma, tapi kes tetap serius…
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham, kes ini serius kerana melibatkan penghinaan terhadap institusi diraja dan memberi kesan besar kepada masyarakat selepas tular. Beliau juga memohon hukuman penjara sebagai pengajaran kepada orang ramai agar berfikir dulu sebelum menyiarkan sesuatu di media sosial.
Namun, peguam tertuduh, Datuk Noor Svetlana Mohd Noordin, merayu hukuman lebih ringan kerana anak guamnya mengalami trauma akibat perkahwinan terdahulu dan masih mendapatkan rawatan kesihatan mental.
Pssttt! Korang, zaman sekarang ni jangan main-main dengan media sosial. Apa-apa yang kita muat naik boleh jadi bukti di mahkamah. Fikir dulu sebelum kongsi, sebab bukan semua benda boleh dijadikan bahan gurauan. Ohmedia nasihatkan, berhati-hati dengan setiap hantaran, sebab sekali tersilap, padahnya bukan kecil.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

