Connect with us

Oh! Media

Tragedi Fun Fair Puncak Alam: Abang Mangsa Kongsi Keadaan Terkini Adik

Trending

Tragedi Fun Fair Puncak Alam: Abang Mangsa Kongsi Keadaan Terkini Adik

Kecoh di media sosial semalam mengenai kejadian ngeri menimpa tiga individu yang sedang berhibur di pusat ria ataupun fun fair yang terletak di Puncak Alam.

ADVERTISEMENT

BACA: Pengunjung Maut Jatuh Buaian, JKKP Arah ‘Funfair’ Ditutup

Ketiga-tiga mangsa yang terdiri daripada dua orang wanita dan seorang kanak-kanak dipercayai tercampak ketika menaiki permainan ‘sotong ride’ di fun fair tersebut.

Abang kongsi keadaan adik

Terbaru, abang kepada kanak-kanak yang terlibat dengan kecelakaan itu, Saiful Azif tampil memuat naik video mengenai keadaan adiknya.

@saifulazif adik saya fighter guys 💪 #funfairpuncakalam ♬ original sound – Soran

Adik saya fighter guys.

Dapat dilihat adiknya yang mengalami bengkak di bahagian muka dibawa masuk ke dalam ambulans dengan menggunakan pengusung oleh pegawai perubatan.

Fun fair rupanya beroperasi tanpa lesen

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa yang ditemui Kosmo memaklumkan bahawa fun fair tersebut diarah untuk tutup serta merta bagi siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.

Lah beroperasi tanpa lesen rupanya, syukur Alhamdulillah tak ada kematian yang berlaku tau. Kalau ada kematian, lagi teruk lah penganjur akan kena.

Kredit: TikTok Saiful Azif | Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas