Connect with us

Oh! Media

Tragedi Enam Sekeluarga, Ditemui Tenggelam Di Sungai Korok

Ohmedia kemalangan enam sekeluarga sungai korok

Oh! Tidak

Tragedi Enam Sekeluarga, Ditemui Tenggelam Di Sungai Korok

Enam sekeluarga hilang sejak Sabtu ditemui lemas dalam kereta tenggelam di Sungai Korok.

Selepas beberapa hari dilaporkan hilang, misteri kehilangan enam sekeluarga akhirnya terjawab hari ini. Kesemua mangsa ditemukan dalam sebuah kereta Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, Kedah.

Tragedi yang menyayat hati ini meragut nyawa sepasang suami isteri bersama empat anak mereka yang berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.

Menurut pihak bomba, ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi, operasi mengangkat jasad mangsa dijalankan satu persatu, suasana bertukar hiba. Ahli keluarga mangsa yang berada di lokasi tidak dapat menahan tangisan saat jasad anak-beranak itu dibawa naik dari dasar sungai.

IKLAN

Laporan kehilangan dibuat oleh adik mangsa…

Sekeluarga

Mangsa dikenali sebagai Mohd Azim Ezzat Ishak, 32 tahun, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bersama isterinya dan empat anak kecil datang bermalam di rumah adik perempuannya di Taman Aman, Jerlun, pada malam Jumaat lalu.

Namun keesokan harinya, mereka tidak pulang seperti biasa. Menurut adik mangsa, Nur Adliah Shuhada Ishak, dalam lingkungan 20-an, abangnya lazimnya akan pulang awal pagi untuk bersiap ke tempat kerja.

Apabila tiada khabar berita dan tidak dapat dihubungi, Nur Adliah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana risau akan keselamatan mereka.

Mereka selalu datang bermalam di rumah saya dan biasanya pulang awal pagi sebab abang saya nak pergi kerja.- Katanya kepada media.

Kereta tenggelam, semua terperangkap dalam kenderaan…

Sekeluarga

Setakat laporan diterima, kesemua mayat dijumpai berada dalam kereta yang tenggelam sepenuhnya di dasar sungai. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa, namun kemungkinan kenderaan terbabas atau terbawa arus sungai sedang diteliti.

Pssttt! Tragedi ini cukup meruntun jiwa. Kehilangan satu keluarga dalam sekelip mata mengingatkan kita bahawa hidup ini penuh dengan ketidaktentuan. Buat korang di luar sana, sentiasa maklumkan lokasi dan pergerakan kepada ahli keluarga terdekat, terutamanya bila membawa anak kecil.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas