Oh! Tidak
Trafik Sesak Di KL-Karak, Lori Terbakar Dan Kemalangan Ganggu Perjalanan!
Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan semakin sesak berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sekolah dan sambutan Tahun Baharu Cina.
Menurut laporan Kosmo, keadaan bertambah buruk apabila berlaku kejadian lori terbakar di Kilometer 30.3 arah timur (EB).
Trafik perlahan dari Tol Gombak

Trafik dikatakan perlahan sepanjang 10.5 kilometer dari Tol Gombak hingga ke lokasi kejadian. Lorong kiri dan lorong kecemasan masih ditutup, sementara kerja-kerja pengalihan sedang dijalankan.
Trafik turut sesak di beberapa lokasi lain:
- KM38.4 hingga KM41.7 (Genting Sempah ke Bukit Tinggi) sepanjang 3.3 kilometer.
- KM43.6 hingga KM49.0 (Bukit Tinggi) sepanjang 5.4 kilometer.
Kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan

Sementara itu, dua kemalangan turut dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan yang menyebabkan trafik perlahan:
- KM151.5 arah Utara: Dari Bukit Tambun (U) ke Juru. Trafik terkawal dan tiada lorong terhalang.
- KM213.1 arah Utara: Dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat. Lorong kiri terhalang, namun trafik masih lancar.
#OhmediaNasihat
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa merancang perjalanan dan memantau keadaan trafik semasa. Sentiasa berhati-hati, patuhi had laju, dan pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jauh.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM