Connect with us

Oh! Media

Tindakan Individu Simbah Buruh Bangunan Yang Sedang Tidur Dengan Air Dikecam Netizen

Trending

Tindakan Individu Simbah Buruh Bangunan Yang Sedang Tidur Dengan Air Dikecam Netizen

Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tanpa mengira pangkat mahupun darjat seseorang itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Ini Tak Setuju Dan Larang Majikan Belanja Pekerja Makan-Makan Kerana Sudah Dibayar Gaji

Namun, masih ada lagi manusia yang bersikap meninggi diri dan sering menindas orang lain yang dianggap tidak setaraf dengan mereka.

Pekerja yang kepenatan disimbah air sehingga terjaga

Itulah yang terjadi kepada dua orang buruh bangunan yang dilayan dengan kejam ketika sedang tidur akibat kepenatan bekerja sepanjang hari.

@rhydwansaputra 😭😭#fypシ゚viral #fyp #buruhbangunan #sad #srorysad #yaAllah #lelakikuat #gypsyrose #tpy ♬ suara asli – rafaaldiansyah

Menerusi video yang dimuatnaik pengguna TikTok bernama rhydwansaputra, dapat dilihat dua orang buruh yang sedang nyenyak tidur itu disimbah dengan air oleh seorang individu yang dipercayai merupakan majikannya.

Kedua-dua buruh itu bingkas bangun dari tidur mereka dan membuatkan terkejut serta terpinga-pinga akibat disimbah air.

Jangan terlalu zalim

Video yang tular dan mendapat tontonan hampi 4.5 juta itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka menyelar tindakan individu yang menyimbah air itu dan menasihati untuk tidak menzalimi sesama manusia.

Berbuat baiklah sesama manusia kerana hidup ini ibarat putaran sebuah roda. Mungkin satu hari nanti, perbuatan kita itu akan dibalikkan kembali kepada kita ataupun ahli keluarga kita yang lain.

Kredit: TikTok rhydwansaputra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas