Connect with us

Oh! Media

Tiada Unsur Mistik ‘Tok Wan Berbulu’, Budak Viral Di Langkawi Tahu Bawa Kereta

Budak Viral Langkawi

Oh! Tidak

Tiada Unsur Mistik ‘Tok Wan Berbulu’, Budak Viral Di Langkawi Tahu Bawa Kereta

Hari ini, tular di media sosial rakaman suara mendakwa terdapat unsur mistik yang berlaku kepada budak enam tahun yang memandu kereta di Langkawi, Kedah.

BACA: “Meremang Pula Dengar” – Tular Video Budak 6 Tahun Dakwa Ada ‘Tok Wan’ Hitam Berbulu Bawa Kereta?

Namun spekulasi yang tular disangkal Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari apabila hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu tahu cara untuk mengendalikan kereta.

IKLAN
Budak bawa kereta

Kanak-kanak itu mengetahui fungsi pedal minyak dan gear serta menunjukkan dengan betul cara menghidupkan enjin kereta.

Dia dapat menghidupkan enjin apabila diminta selain menunjukkan bagaimana cara menurunkan brek tangan.

Pada malam kejadian, kanak-kanak terbabit mengundurkan kereta dahulu sebelum keluar dari pekarangan rumah.

Ketika ditanya pegawai penyiasat trafik, kanak-kanak itu juga boleh menerangkan tentang penggunaan gear.

Selain itu, pihak polis juga dah periksa video kamera papan pemuka kereta (dashcam) kereta, hasil pemanduan tak begitu stabil apabila kereta kadang kala masuk laluan bertentangan, ke kiri dan ke kanan.

Jadi, tok wan berbulu tu tak wujud lah kan?

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas